Rabu, 3 September 2008

Aku dan masa yang berlalu...

Assalamualaikum.

Hari ini setelah sekian lama aku tidak membasahkan tintaku, aku menulis juga. Bersempena dengan dengan Ramadhan Al-Mubarak ini aku mengucapkan Selamat Menjalani Ibidah Puasa. Semoga dengan kehadiran Ramadhan ini kita dapat memperbaiki diri kita untuk menjadi lebih baik daripada hari- hari yang sebelumnya.

Agak lama aku memejamkan mata daripada memfokuskan retinaku ini terhadap pelbagai isu sehinggalah blog ini sendiri sekadar aku melintas sekali dua untuk melihat perkembangannya. Sudah banyak yang berlaku dalam tempoh beberapa bulan aku menyepi. Dari episod diri sendiri yang merasai pengalaman dimasukkan ke wad sehingga perkembangan yang sihat dalam pola politik nasional yang ternyata lebih memberangsangkan.

Berlalu sudah Muktamar Pas yang diadakan di Ipoh baru- baru ini, dan aku tidak berkesempatan untuk merasai sepenuhnya suasana tersebut kerana aku terpaksa bergelumang dengan ujian kesakitan yang Allah berikan terhadap aku. Begitu juga berlalunya Pilihanraya kecil Permatang Pauh yang menyaksikan Saudara Anwar Ibrahim kini bergelar kembali Ahli Parlimen yang ternyata membuka episod baru dalam senario politik negara. Maka berlalu juga pembentangan Bajet 2009 yang bertemakan Bajet Prihatin yang menyaksikan BN terpaksa untuk mengakui kehebatan kuasa rakyat dengan pelbagai insentif yang baru dan drastik yang sepatutnya telah sekian lama dikecapi oleh rakyat. Pun begitu sedikit pun ia tidak dapat mengubah persepsi dan keyakinan rakyat terhadap kredeabiliti PR yang disebut- sebut akan mengambil alih keseluruhan pemerintahan negara pada 16 September nanti. Jua sesungguhnya perjuangan itu memerlukan pengorbanan bilamana Malaysian Today telah diharamkan atas kelantangan Raja Petra mencampuri urusan politik negara yang dikatakan 'demokrasi' ini.

Apa pun yang berlaku ternyata rakyat tidak sabar- sabar untuk menanti kebenaran 16 September 2008 sebagai hari untuk melihat Malaysia sebagai sebuah negara rakyat dan setiap susuk tubuh pentadbiran adalah untuk rakyat. Sejauh mana kebenaran 16 September ini hanya diketahui oleh pucuk pimpinan tertinggi di dalam PR. Apa yang pasti kita hanya mampu menelah dengan seribu telahan dan ianya hanya akan terbukti apabila perkara tersebut benar- benar berlaku. Sekilas lalu daripada suara- suara keyakinan pemimpin PR, rakyat mula meyakini akan kesahihan perkara ini. Siapa dan mengapa berlakunya Ahli Parlimen yang melompat parti akan kita nantikan bersama.

Saiful? Dari sekecil- kecilnya retina ku ini ternyata aku dapat melihat betapa isu liwat saiful ini seakan hilang daripada pandangan dan tiada lagi suara- suara yang memekik untuk menyatakan kebenaran perbuatan ini. Apa yang pasti ialah isu ini seakan terkubur bersama dengan kekalahan BN di Permatang Pauh. Maka soalnya, adakah isu ini sengaja diadakan untuk menyekat gelombang kebangkitan yang dibawa oleh Anwar dan rakan- rakan di dalam PR? Jika diliihat dari susun atur peristiwa ini sehinggalah timbulnya isu mubahalah/ sumpah ternyata ia boleh diakui sebagai strategi jahat untuk menjatuhkan dan memusnahkan karier politik seseorang. Apapun retina aku hanya terbatas setakat yang dapat aku lihat dan tidak sebaliknya.

Ramadhan yang menjelma ini juga begitu menenangkan seakan menyetujui kebangkitan rakyat untuk melihat kerajaan yang zalim dikuburkan. Maka Ramadhan ini juga menjadi medan untuk para pejuang terus meningkat munjatnya pada Yang Maha Mencipta dan mensyukuri ni'mat kemenangan yang diberikan oleh-Nya. Sesunggunya kemenangan ini adalah ruang dan peluang untuk umat Islam menyaksikan nilai dan corak pemerintahan yang berteraskan Islam teerlaksana. DAP walaupun menafikan tidak ada negara yang berasaskan agama melalui nada Ketua Menteri PP ternyata mengakui dan meyakini akan kebenaran konsep pemerintahan yang berasakan Islam.

Jadi oleh kerana retinaku kini sudah kabur dek dihalangi oleh kelopak mata, maka aku mohon mengundur diri dan selamat bertemu lagi dalam penulisan akan datang.

Wassalam dan salam sejahtera semua.

Rabu, 21 Mei 2008

Islam Hadhari : Pembohongan yang nyata.

Bila aku terbaca artikel berkenaan Temberang Islam Hadhari : Bila arak ada dalam pesawat Malaysia mengingatkan aku kepada betapa penyelewengan terhadap fahaman Islam itu sendiri dari sudut Istilah telah menggambarkan betapa Islam itu cuba diliberalkan. Islam yang datang datang sebagai ad-din iaitu cara hidup melengkapi setiap aspek kehidupan manusia. Ia merangkumi aspek politik, sosial dan ekonomi dalam masyarakat. Perbahasan mengenai masyarakat bertamadun sebenarnya sudah sekian kalinya jelas dengan kehadiran Islam itu sendiri. Islam hadir dalam keadaan manusia dalam keadaan kegelapan dan jahiliyah dan membawa cahaya baru dalam kehidupan manusia. Kehadiran Islam sbenarnya telah memperbaiki tahap sosia ekonomi dan budaya manusia bukan sahaja bagi penganut agamanya amalah keseluruhan umat manusia. Kehadiran Islam menjadi contoh yang terbaik dalam membangunkan sebuah masyarakat yang bertamaddun. Ibnu Khaldu ketika membahaskan berkenaan masyarakat madani begitu menekankan aspek pembinaan akhlak dan ketuhanan dalam ketemadunan manusia. Justeru sekiranya Islam diaplikasikan dengan sepenuhnya dunia dapat melihat sebuah contoh yang terbaik dalam keadaan manusia yang kucar kacir dan kian meruntuh. Justeru cubaan untuk membawa satu aliran baru dalam pemikiran umat Islam melalui fahaman yang bersifat liberal ternyata membahayakan bagi masyarakat awam yang kebanyakan kosong mindanya daripada fahaman Islam yang sebenar. Maka tidak hairanlah jika Islam Hadhari diperkenalkan pun masih ada lagi kemungkaran yang berleluasa seperti adanya arak di dalam pesawat Mlaysia. Dunia sudah maklum akan Istilah Islam Hadhari yang sememangnya menyeleweng daripada fahaman Islam yang sebenar. 10 teras yang cuba diwar- warkan didalam Islam Hadhari sebenarnya sekian lama terkandung di dalam ajaran Islam itu sendiri malah ia seolah- olah disempitkan hanya untuk kepentingan politik jahat pihak kerajaan dan pimpinan Barisan Nasional.

Pandangan Golongan Arab

Ketika aku berbicara dengan salah seorang pelajar Arab di UIAM ketika mana selesai program sambutan 25 tahun UIAM yang menjemput Pak Lah hadir. Beliau mengakui betapa golongan serta aliran pemikiran yang dibawa oleh Pak Lah dan sekutunya adalah terlalu bahaya terutamanya bagi golongan awam yang perlu kepada bimbingan yang sebenar. Tatkala fitrah manusia itu sukakan kepada perkara kebaikan peluang yang digunakan oleh golongan seperti mereka ini dengan cuba membawa label Islam mengikut acuan mereka sendiri ternyata boleh memecah belahkan ummah dan membuka ruang kepada musuh2 Islam untuk terus ditekan dan diperlekehkan. Sesungguhnya Islam itu agama yang suci dan tinggi maka tidak ada yang lebih tinggi daripadanya. Menurut pandangan belia arab ini beliau menyaksikan bahawa agenda Islam hadhari ini adalah merupakan agenda Yahudi dan oreantalis yang sentiasa mencari peluang untuk meragukan dan melemahkan umat Islam. Sekiranya masyarakat asing seperti beliau pun boleh berfikiran sedimikian maka bagaimanakahh pula dengan masyarakat kita hari ini. Islam itu adalah asas dan tidak sewajarnya ia disandarkan kepada sesuatu yang lebih lemah daripadanya.

Islam dan hadhari dan pintu kebebasan
]
apabila kita berbicara berkenaan dengan cara hidup Islam dan pengamalannya ramai dikalangan golongan muda yang terhasut dengan idealisma Islam Hadhari mengaplikasikan perkataan hadhari itu mengikut acuan dan cara hiudp moden kononya. Soal pergaulan antara laki dan perempuan apabila ditanya maka dijawab dengan selamaba "well, Islam hadhari don't be so rigid brother!" Kehadiran Islam hadhari dilihat sebagai modal untuk masyarakat muda membenarkan perbuatan- perbuatan mereka yang kononya selaras dengan tamadun hari ini. Apabila ditegur mereka mudah menjawab, "i tak tinggal solat. i buat tanggungjawab i. kalau i nak pakai rockers begini pun bukannya i jahat. Hadhari brother. Jangan jadi Islam rigid!" Perbualan- perbualan beginilah yang dikhuatiri akan menjadi pegangan dalam keadaan Islam Hadhari itu hadir tanpa ruh hanya sekadar nama untuk menghalalkan perkara yang diharamkan dan mengharamkan perkara yang dihalalkan. Hudud dilihat sebagai ketinggalan zaman dan arak di jawab sebagai menghormati sensitiviti kaum lain. Jawapan mungkin agak rasional tetapi bersalahan daripada prinsip dan asas Islam itu sendiri

Kembalilah kepada Islam yang sebenar]

Justeru saya menyeru kepada diri saya dan masyarakat keseluruhannya untuk kita sama- sama kembalii kepada ajaran Islam yang sebenar seperti amana yang telah dibawa oleh Nabi junjungan besar s.a.w. Dari sudutr aplikasi zaman dalam kaedah Islam itu sendiri ada menyebutkan berkenaan dengan Fiqh Waqi'e yang meletakkan beberapa asas penting dalam menyesuaikan Islam dengan zaman. Demi sesungguhnya Islam itu mendahului zaman seperti mana al-Quran sendiri telah membicarakan berkenaan alam cakrawala, planet dan bumi yang ketika itu belum lagi ada sebarang penemuan sbegitu. Bagaimana kita melihat nilai- nilai yang ada di dalam Islam itu sebenarnya lebih dicermati oleh golongan bukan Islam daripada kita yang sepatutmnya lebih menghargainya. Maka jadilah kita hamba yang bersyukur dengan menyandarkan sestiap sesuatu perbuatan kita itu kepada Islam dan bukannya Islam itu disandarkan kepada kita. Wallahu'alam. Jumpa lagi.

Isnin, 19 Mei 2008

Retina Anak Pendekar: Tun Dr Mahathir keluar UMNO : Antara peluang dan ruang!!!

Tindakan Mahathir bukti Umno tidak layak dipercayai

Tun Dr Mahathir keluar UMNO : Antara peluang dan ruang!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini retina aku dipaksa untuk menumpukan kepada laporan media arus perdana dan juga akhbar politik terhadap kenyataan terbuka Tun Dr Mahathir Mohamad keluar dari UMNO. Aku seakan tidak percaya dengan laporan hari ini sehinggakan aku bertanya beberapa kali kepada rakan- rakanku terhadap kesahihan berita ini. Hasilnya semuanya membenarkan bahkan pengumuman itu disiarkan di dalam media arus perdana hari ini. Peristiwa hari ini merupakan satu sejarah terhadap prestasi buruk UMNO dalam membela nasib orang Melayu. Adapun begitu daripada siri- siri ucapan dan pertentangan terbuka Tun terhadap kepimpinan Abdullah sejak daripada dahulu lagi sudah menampakkan bunga- bunga awal terhadap keluarnya Tun daripada UMNO. Ramai yang telah berbual dan membicaraknnya cuma menanti saat ia berlaku dan ia telah berlaku.

Tun beri mesej jelas pada rakyat.

Secara perbadi aku menyokong penuh tindakan Tun hari ini kerana ia merupakan petanda yang jelas terhadap keruntuhan sebuah parti politik yang bernama UMNO. Walaupun tindakan Tun lebih dilihat sebagai mesej peribadi terhadap ketidak yakinan beliau kepada kepimpinan Abdullah namun secara halusnya ia sudah cukup untuk menggambarkan betapa UMNO sudah tidak lagi relevan pada hari ini. Kepincangan yang berlaku sebenarnya bukan sahaja pada kepimpinan Abdullah malah seluruh pemimpin- pemim[in UMNO malah kita dapat lihat ia menular sehingga peringkat akar umbi. Sekatan yang dilakukan terhadap Tun dan Ku Li untuk bertemu dengan ahli- ahli UMNO seharusnya menjelaskan betapa pemimpin UMNO bersikap tertutup dan memntingkan diri sendiri. Maka tidak hairanlah jika negara yang sudah ditadbir oleh mereka sejak sekian lama seringkali menggadaikan dan mengabaikan hak dan kebajikan rakyat. Seharusnya rakyat membuka luas mata mereka dengan tidak mensia- siakan retina yang dikurniakan oleh yang Maha Esa untuk menilai dan melihat jelas mesej ini.

Tun dan halatuju

Seperti yang dimaklumi kenyataan Tun bahawa beliau akan kembali ke dalam UMNO selepas pengunduran Pak Lah adalah merupakan kenyataan politik untuk menarik hati para penyokong UMNO keluar bersama- samanya. Umum memaklumi sekiranya Tun mengumumkan keluar daripada UMNO lantas mengumumkan untuk menyertai pembangkang semestinya akan menjadi penghalang kepada para penyokong UMNO yang sudah sekian kalinya 'alergi' kepada Pakatan Pembangkang. Justeru apakah sebenanya tindakan Tun ini sebenarnya bermotifkan tersebut atau sebaliknya beliau benar- benar hanya protes kepada Pak Lah hanya akan diketahui selepas ini. Apa pun, Tun seharusnya memikirkan lebih luas bahawa tindakannya itu akan memberikan kredit kepada Pakatan Rakyat untuk lebih mendapat sokongan. Saban hari kita melihat suara dan pandangan Tun seolah selari dengan suara yang dibawa oleh Pakatan Rakyat menerusi kritikan- kritikannya terhadap Pak Lah dan seterunya. Maka aku menyeru adalah tidak slah kiranya Tun bersama- sama dengan Pakatan Rakyat untuk membela nasib rakyat dan menebus kesilapan lamanya. Persoalannya, kemanakah halatuju un selepas ini tatkala peristiwa ini seolah- olah ingin mengulangi sejarah yang telah dilakarkan oleh pengasas UMNO sendiri Dato' Onn. Mungkinkah sudah menjadi tradisi kepada mereka yang terlalu membela pembohongan UMNO akhirnya akan kembali menjadi penentang kepada UMNO. Maaf jika aku katakan Anwar sendiri bekas ahli UMNO.

UMNO menghitung hari pembubaran

Senario yang berlaku dalam politik hari ini merupakan bait- bait bicara kepada keruntuhan UMNO. Ternyata hasrat rakyat untuk melihat kepupusan UMNO semakin menjadi kenyataan. Adapun dikalangan ahli UMNO itu sendiri terdiri daripada kalangan mereka yang ingin menjaga kepentingan diri dan apabila kepentingan diri sudah tidak terjamin oleh UMNO maka masing- masing mencari pintu keluar dan bersedia dengan alatan untuk keluar dari penjara UMNO. Aku tidak mengatakan hari ini tapi dari hari- hari sebelum ini lagi, UMNO sudah diruntuhkan oleh ahlinya sendiri. Umapama bangunan yang nampak gah, tapi perabot dan alatan di dalamnya sudah ditarik kembali satu persatu oleh pemiutang. Paip pun bocor, dinding pun retak, dan syiling pun runtuh. Hanya kaunter pertanyaan sahaja dan bahagian lobi sahaja nampak hebat. Begitulah UMNO.

Generasi muda dan masa depan negara

Setelah pelbagai peristiwa yang berlaku, generasi muda hari ini tampak lebih matang dan berhati- hati dalam memilih suaka rakyat. UMNO tidak lagi berhak untuk menyatakan mereka pembela rakyat bahkan mereka seharusnya menyerahkan diri kepada rakyat untuk membeikan hukuman. Apabila taktik melobi UMNO terhadap golongan muda yang sebenarnya membuka lebih banyak masalah keruntuhan sosial, maka generasi muda tidak akan rasa tenang kerana kejahatan tidak menjamin ketenangan malah bohonglah mereka yang berkata begitu. Justeru generasi muda diajak untuk bersama- sama menjadi guru terhadap UMNO. Lupakan pepatah 'aku makan garam dulu' kerana sebab mereka makan garam dululah hari ini mereka diserang darah tinggi. Tanggungjawab kita sebagai generasi muda adalah memberikan penerangan secara hikmah kepada golongan tua yang sudah sekian lama tertipu dengan pembohongan UMNO dan barisan Nasional.

Terima kasih Tun

Aku dengan ini mengucapkan terima kasih kepada Tun Dr Mahathir Mohammad kerana membenarkan segala pendedahan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat terhadap pembohongan dan kepincangan UMNO. Jadi apa tunggu lagi Tun pun sudah kata pi, kenapa perlu ragu- ragu lagi. Semoga UMNO dapat diterima bumi jika dikuburkan walhal aku menggambarkan UMNO akan menerima nasib seperti Mustafa Kamal Attartuk yang tidak diterima bumi. Retinaku terlalu segar bila membaca laporan hari ini. Jumpa lagi

Sabtu, 17 Mei 2008

Insentif baru untuk guru 'GALAKAN @ SOGOKAN?'

Tanggal 16 Mei merupakan tarikh keramat yang dihaskan untuk insa yang bernama guru. Pengorbanan seorang guru dalam mendidik anak bangsa amat tidak ternilai. Guru yang penuh berdedikasi bukan sahaja akan medidik anak- anak bangsa dengan sekadar menyampaikan ilmu kepada mereka bahkan lebih daripada itu. Pendidik akan memastikan anak- anak muridnya mencapai kejayaan di dunia dan diakhirat. Maka tak hairanlah jika kalimah guru itu merupakan kalimah keramat yang amat disanjung di setiap inci pelusuk dunia. Adapun begitu tak kurang juga yang memnadang rendah kerjaya sebagai seorang guru sehinggakan mereka meletakkan standart- standart tertentu terhadap seorang guru. Ternyata mereka lupa walau setinggi mana pun mereka dan sebesar mana pun mereka kejayaan mereka itu adalah hasil didikan seorang guru yang tidak pernah meminta apa- apa balasan daripada kita. Kalau hendak dibandingkan gaji yang diperoleh oleh seorang guru sebenarnya terlalu jauh dengan pengorbanan dan kesungguhan mereka dalam mendidik anak bangsa. Seorang pereka bangunan tiada nilai kehebatannya jika nak dibandingkan dengan seorang guru. Begitulah hebatnya dan besarnya jiwa serta pengorbanan seorang guru.
Bila sebut tentang gaji dan balasan terhadap seorang guru. Retina aku nakal memandang pengumuman skim kenaikan gaji baru bagi seorang guru. Secara amnya aku amat mengalu-ngalukan insentif seperti ini kerana aku begitu menyanjungi peranan seorang guru. Memang sejak daripada dahulu lagi guru perlu diberikan ganjaran dan kelebihan yang pelbagai kerana kerjaya sebagai seorang guru adalah meruakan status impian. Cuma bila membicarakan status guru janganlah kita sekadar memandang terhadap guru yang mengajar di sekolah- sekolah kerajaan sahaja. Sekiranya pandangan igid sebegini sebati di dalam pemikiran maka tidak hairanlah jika guru- guru yang lain diabaikan dan tidak dihormati.
Pengumuman insentif baru bagi guru hari ini oleh Pak Lah diharapkan sebagai pemberian ikhlas daripada kerajaan. Justeru tidaklah timbul persoalan samada pemberian tersebut merupakan 'GALAKAN atau SOGOKAN'. Sejarah telah membuktikan bahawa pemimpin Barisan Nasional kerap kali memainkan isu- isu pemberian kepada golongan- golongan ini tatkala menjelma pilihanraya dan dalam proses untuk mengekalkan kuasa. Maka keadaan sebeginilah yang membuatkan masyarakat rasa mual kerana biasanya janji yang diumumkan oleh pemimpin- pemimpin yang berhawa rakus ini penuh dengan seribu muslihat. Yang diketahui umum pemberian adalah sebagai tanda terima kasih dan penghargaan namun yang tersembunyi adalah semakin banyak yang diberi semakin kecil dan susah untuk para pendidik ini bergerak bebas. Inilah yang aku khuatirkan apabila fenomena asing ini kian sebati dalam masyarakat melayu yang mudah ertipu.
Justeru marilah kita sama- sama cermati dan perhalusi agar kita tidak mudah dipermainkan dan disogok sebegitu rupa hanya kerana kepentingan pihak- pihak tertentu. Apapun. Tahniah! buat guru- guru seluruh negara.

SELAMAT HARI GURU !6 MEI 2008

Khamis, 1 Mei 2008

Apa nak jadi..sampai sekaang x dapat kerja lagi...

Hari ni cukup 1 bulan 6 hari aku menanti aku dipanggil kerja. RM185 dah aku laburkan untuk syarikat servis mencari kerja. Aku apply kerja data clerk entry. Waktu briefing contract punyalah bukan main lagi. Hanya tunggu 2 3 hari je untuk diorang selesaikan beberapa urusan penting. Semakin hari aku mula meragui kejujuran syarikat perkhidmatan ni. Berbeza dengan Agensi Mencari Pekerjaan, bayaran atau pemotongan hanya dibuat selepas kita dapat kerja. Syarikat ni awal- awal dah dapat payment. Cuba bayangkan kalau satu hari ada 10 orang datang mencari kerja, sudah pasti pendapatan diorang dah mencecah RM1850. Buta- buta satu hari dapat duit banyak tu sedangkan kerja tak buat lagi. Dalam kontrak memang diorang bijak apabila keseluruhan kontrak tidak menyebelahi pihak pelanggan. Hanya janji untuk dapat kerja sahaja yang diberikan oleh syarikat ini. Bila kita tanya bermacam- macam alasan yang diberikan. Yang mereka tahu hanya minta nombor resit untuk disemak. Kebanyakan apabila kita follow up mereka senyap. Sampailah ke satu tahap kita mengugut untuk menyiarkan nama syarikat mereka di dada akhbar barulah telefon aku kembali berdering kononnya mereka telah melakukan sedaya upaya yang mungkin. Apapun aku tetap bersabar dan esok hari Jumaat mudah- mudahan dapatah kerja. Payah bila berusan dengan kaki belit ni. satu syarikat kaki belit. Aku ingat lagi, mula2 dulu lagi mereka kata mereka syarikat first party bukan 3rd party. Alih bila kita pergi rupanya sama jugak dengan syarikat- syarikat yang lain. Hampeh. Apapun syarikat punya kerenah aku masih lagi mengharap. Aku bagi can lagi. Tapi bila dah sampai limit, siap la aku serang..!!! Buakan dengan parang..haha tunggulah.

Selasa, 22 April 2008

Kah Kah Choon!

Bila retina ku melihat pada laporan berkenaan Datuk Lee Kah Choon terlintas beberapa perkara difikiran..

1. Kah Choon memberi isyarat yang jelas bahawa perletakan jawatannya dalam GERAKAN adalah tindakan awal untuk meninggalkan BN yang tidak lagi diyakini oleh beliau dan rakyat.
2. Sindiran yang hebat terhadap BN bahawa mereka bukan lagi parti yang berkuasa melakukan apa sahaja.
3. Kemasukan Kah Choon sebagai ahli majlis merupakan satu tindakan yang bijak untuk memulihkan sokongan golongan Cina terhadap kreadibiliti pemimpin Gerakan.
4. Tanda awal kepada mesej perubahan yang lebih besar yang akan berlaku diperingkat Pusat dalam tempoh terdekat seperti yang diwar- warkan.
5. Silent protes kepada kepimpinan gerakan.
6. Keyakinan terhadap kepimpinan pakatan rakyat di PP.

Apapun Kah Choon berada di kedudukan yang menguntungkan kerana sekiranya GERAKAN memecat beliau sekalipun, beliau sudah mempunyai kedudukan yang selesa untuk menjamin masa depan pilitiknya yang lebih cerah.

Surat Pembaca yang bernas dr Hrakahdaily

Utamakan orang ramai daripada kereta
SM Mohamed Idris
Mon | Apr 21, 08 | 9:02:54 pm MYT

Dilaporkan bahawa Jambatan Kedua Pulau Pinang yang dirancang akan menelan kos RM4.3 bilion. Ini merupakan satu jumlah wang yang besar malah apabila kita mempertimbangkan bahawa Jambatan Kedua bukanlah apa yang dikehendaki oleh penduduk Pulau Pinang.

Sebuah lagi jambatan hanya akan menambahkan kesesakan lalu lintas terhadap jalan raya di Pulau Pinang yang sudah sedia sesak dengan kereta. Adalah dikatakan bahawa kerja-kerja melebarkan Jambatan Pulau Pinang yang sedang berjalan itu tidak memadai memandangkan jambatan itu akan menjadi sesak kembali dalam beberapa tahun.

Jika demikian, logik yang sama boleh dipakai kepada Jambatan Kedua, yang juga akan menjadi sesak jika aliran yang sama berlaku. Pada ketika itu, apakah penyelesaian yang akan dilakukan oleh pihak berkuasa yang berkenaan � membina satu lagi jambatan sementara itu penduduk Pulau Pinang terus berdepan dengan kesesakan lalu lintas?

Terdapat pilihan yang lebih baik daripada membina Jambatan Kedua. Salah satu daripadanya adalah mempertingkatkan perkhidmatan feri. Untuk tujuan ini, lebih banyak feri diperlukan, dan lebih banyak pangkalan feri dibina di beberapa kawasan strategik di bahagian pulau dan Seberang Perai. Perkhidmatan bas yang mencukupi juga perlu diadakan untuk membawa penumpang dari pangkalan dan ke bahagian lain.

Jika hubungan ketiga diperlukan antara Pulau Pinang dan Seberang Perai diperlukan, maka ia sewajarnya dihubungkan dengan Transit Aliran Ringan (LRT), yang boleh memuatkan lebih ramai penumpang berbanding kereta persendirian yang menyebabkan kesesakan. Seperti juga dengan perkhidmatan feri, bas dan LRT dapat memberikan perkhidmatan antara pulau dan Seberang Perai.

Paling penting, tumpuan mestilah diberikan untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam di Pulau Pinang. Ini lebih efisien, menjimatkan kos dan memelihara alam sekitar dalam usaha untuk membawa penumpang dari bahagian A ke bahagian B, terutama sekali dalam masa harga minyak yang mahal dan pemanasan global.

Sehubungan itu, RM4.3 bilion atau sebahagian daripadanya boleh digunakan untuk membiayai rangkaian pengangkutan yang lebih berkualiti yang memberikan perkhidmatan yang lebih efisien kepada penduduk Pulau Pinang.

Ia mungkin tidak sehebat Jambatan Kedua yang menjadi mercu tanda baru tetapi ia lebih mesra pengguna dan sudah tentu perkara inilah yang paling dikehendaki oleh penduduk. - lanh

Penulis adalah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Polis oh polis...

Sekali lagi retinaku seakan berpinau-pinau hari ni bila melihat laporan perkembangan kes bunuh ltantuya...

Pegawai penyiasat, Asisten Supritendan Polis (ASP) Tonny Lunggan dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini memberitahu, kesulitan tersebut disebabkan Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan sistem audio visual yang lama.

"Selain pergerakannya perlahan, tarikh pada rakaman pita tersebut juga tidak kelihatan," katanya yang memberikan keterangan masuk hari kelapan pada perbicaraan kes bunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu hari ini.- dipetik daripada UTUSAN MALAYSIA ONLINE 22 April 2008.

Aku tak tau nak kata apa...dua tiga kali ku gosokkan mata untuk melihat [perenggan ini. Ternyata retinaku tidak tersilap pandang. Tidak ku sangka sekali lagi kreadibiliti dan kecekapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tercalar. Sepatutnya dalam dunia teknologi hari ni dan kepesatan pembangunan ekonomi dengara di dalam pelbagai sektor, diambil peduli oleh kerajaan dalam meningkatkan infrastuktur dan kelengkapan pasukan keselamatan agr lebih sempurna dan berdaya saing.

Kalau nak dikatakan teknologi terlalu mahal, aku mendapat maklumat dripada rakan- rakan di sektor IT bahawa kos dibidang tersebut semakin redah. Buktinya PC yang aku beli tahun lepas jauh lebih mahal daripada tahun ini dua kali ganda. Malah rakan aku membeli PC baru- baru ni yang lebih power dripada aku dalam jumlah harga separuh harg PC aku sahaja. Jadi tak ada sebab untuk menyalahkan teknologi.

Maka patutlah indeks jenayah di negara ini semakin meningkat saban tahun. Sydahla anggota polis itu sendiri boleh diragui akan ketelusan dan kecekapannya. Sebut tentang kecekapan aku teringat kisah yang berlaku pada bapa saudara aku dua tiga hari lalu.

Begini, kereta bapa saudaraku di Taman Batu, Batu Caves telah dipecah. Pendekkan cerita setibanya polis, suspek masih lagi boleh berjalan dan sekiranya polis mengambil tindakan langsung, pencuri tersebut boleh diberkas serta merta. Kepastian tentang pencuri tersebut memang tidak diragui sebab Pak sedara aku nampak depan mata die sendiri. Apa yang buat aku menyampah dengan polis bila diorang berkata, "tak pa kami tengok kereta dulu",,,sedangkan pencuri dibiarkan berlari begitu sahaja. Yang menambahkan lagi keberangan aku adalah apabila sehingga hari ni kes tak mula disiasat lagi. Alasan yang diberi adalah terlalu banyak bebanan kes yang belum diselesaikan.

Inilah sikap polis. Kisah 'Black 14' cepat sahaja nak ambil tindakan. Tiada pula alasan tidak cukup anggota dan bebanan kerja. Rakyat tak kish kalau duit rakyat digunakan untuk meningkatkan keberkesanan dan kepantasan pihak polis menyelesaikan kes- kes tertangguh. Tetapi rakyat marah sekiranya duit dibelanjakan untuk perkara- perkara yang tidak patut.

jadi pesanan untuk PDRM bantulah rakyat! Mudahkan rakyat!

p/s: kadang2 aku tengok polis undercover dengan beruniform sama rileks je di kedai- kedai kopi. Encik satu hari minum berapa kali?

Sabtu, 19 April 2008

Anda boleh menjadikan blog ini sebagai papan lantai untuk anda menulis. Hanya hantarkan sebarang tulisan anda ke mukhlisnazri@gmail.com atau anda boleh posting terus didalam ruangan komentar. Bagi penghantaran ke email, sila pastikan tulisan anda mempunyai maklumat berikut :

1. Nama penuh anda(tidak akan dipaparkan)
2.Email anda(tidak akan dipaparkan)
3.Nama pena anda
4.Tulisan dan rencana anda

*perkhidmatan ini diadakan bertujuan untuk membantu anda mengembangkan bakat anda melalui penulisan dan menjadikan anda seorang individu yang Kritikal, Rasional dan Bertanggungjawab.
*anda juga boleh menggunakan perkhidmatan membina platform seperti ini untuk anda hanya dengan beberapa langkah mudah. konsep 'Kami Bina Anda Tulis' adalah cara untuk kami membantu anda menjadi penulis yang hebat!

Anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan pelbagai daripada blog ini dengan hanya menekan pada E-Niaga ataupun terus ke http://gedungjimatmaya@blogspot.com

Selasa, 15 April 2008

Rehatkan retina anda di ruang E-Niaga

http://gedungjimatmaya.blogspot.com

Gedung jimat maya adalah merupakan ruang niaga maya milik penulis blog ini. Ia memuatkan pelbagai produk maya seperti Software, Game, E-Books dsbg.

Hanya dengan satu klik anda akan mencapai keruangan yang menjanjikan kepuasan barangan dan juga anda boleh dapat kembali wang anda!!! Usah tunggu lagi...

Klik!
http://gedungjimatmaya.blogspot.com

Isnin, 14 April 2008

Ada apa dengan 2 minggu?

Senario politik negara pasca pilihanraya umum ke 12 hari ini masih menggambarkan kepincangan dan ketidakstabilan UMNO. Dalam pada masa yang sama kerajaan Pakatan Rakyat di 5 buah negeri semakin meyakinkan rakyat dan bertapak kukuh. Isu yang dimainkan di radio dan TV ditangkis dengan cara dan kaedah yang penuh berhati- hati dan bijaksana sehinggakan rakyat tidak sekali- kalipun berganjak daripada memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Di peringkat dalaman UMNO walaupun disebutkan sebagai isu 'dalaman' namun umum mengetahui akan kegoyahan serta keresahan pemimppin- pemimpin UMNO dalam mencari formula baru dalam meraih kembali sokongan rakyat. Doktrin teori Hang Tuah sudah tidak berguna lagi. Rakyat sudah bernai menyuarakan isi hati sebenar dan bersedia untuk menjadi hakim kepada negara. Maka hari ini kita melihat yang salah sudah dihukum. dalam tempoh 2 minggu lagi mengikut gembar- gembur berita politik negara akan mengalami perubahan yang amat besar. Tempoh 2 minggu yang disebutkan dan beberapa bulan akan datang merupakan tempoh yang sangat- sangat kritikal sehingga dikhabarkan akan memberikan impak yang besar terhadap politik negara.
Berbagai kemungkinan yang boleh kita jangkakan. Pertama dalam tempoh 2minggu daripada sekarang yang paling mudah untuk kita jangkakan adalah dengan membenarkan teori serta perancangan untuk anwar bertanding selepas sa;ah seorang daripada ahli parlimen keadilan akan meletakkan jawatan. Maka jika ini berlaku sudah pasti pilihanraya kecil akan berlangsung dan seluruh dunia akan memberikan fokus kepada pilihanraya ini. Dari kiraan atas kertas sudah tentu Dato' Seri Anwar akan menang mudah. Namun beberapa kondisi semasa yang perlu kita lihat dimana UMNO dan BN akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kembali kerusi tersebut kerana menyekar Anwar masuk ke parlimen bermakna mengurangkan tujahan perubahan yang akan berlaku mengikut percaturan mudah. Namun jika sesuatu berlaku peristiwa reformasi dan ledakan kemarahan rakyat akan kembali memuncak dimana pelbagai kemungkinan dapat kita lihat. Ada satu teori yang perlu difikirkan, 'tindakan yang tidak rasional akan membunuh rasional orang lain' dan inilah yang berlaku bila dalam keadaan yang terpaksa. Tak terlanjur saya katakan ketegangan ini boleh membawa kepada peristiwa yang sama dengan apa yang berlaku terhadap Benazir Butto. Justeru perancangan dan persiapan rapi perlu dilakukan dalam mendepani jangkaan pertama ini selepas tempoh 2 minggu.

Jangkaan kedua kabur...ikuti siri penulisan yang seterusnya selepas beberapa siri analisis yang sedang dan akan dilakukan...

Babi oh Babi...

Sekali lagi dalam tempoh tak sampai setahun isu babi menggemparkan negara,babi menjadi topik utama dan fokus di dada- dada akhbar. Memang aku sendiri pu terkejut bila mendengarkan kelulusan yang dibuat oleh kerajaan negeri Selangor di TV lalu di jawab langsubg oleh anak Toyo yang menafikannya. Hari demi hari fakta yang sebenar diputar belitkan sehingga aku sendiri terkedu nak menjawab soalan rakan- rakan sekeliling yang selalu menjadikan aku rujukan. Jawapan yang mudah dan pendek aku berikan dengan sikap penuh berhati. "Nanti dulu, sabar2lah..kita tahu media arus perdana kaki membelit. Kita tunggu dulu jawapan daripada kerajaan negeri Selangor." begiutlah lebih kurang aku menenangkan rakan- rakan aku. Satu persatu jawapan yang aku nantikan terjawab di media yang lebih dipercayai. Tup2 semalam MCA sendiri membongkarkan bahawa projek ini memang sebenarnya ada kena mengena dan diluluskan oleh kerajaan BN yang lepas dan berhubung secara langsung dengan anak Toyo ni. Maka teka teki kenapa beberapa tokoh nampak beriya- iya menentang akhirnya terbongkar bila MCA mendedahkan Setiuasaha anak Toyo dan ketua kampung yang baca teks tu sebenarnya nak tangkap tender ni. Ternyatalah sikap ketamakan orang- orang UMNO sehinggakan projek BABI pun nak berebut. Inilah kebodohan yang ditunjukkan oleh mereka dalam berfikir dan mentadbir negari. Hak rakyat dan wang awam diberikan kepada orang- orang tertentu sahaja. Patutulah rakyat merana dibawah pemerintahan mereka dahulu. Yang peliknya Babi Melaka dan Negeri Sembilan tak bunyi pulak? Sesunggunya bila akal tidak berprinsipkan dan didasairi Islam dan keadilan maka hancurlah manusia!!!

Selasa, 1 Januari 2008

Soi Lek perlu undur!

Aku seiring dengan beberapa pendapat yang mendesak Soi Lek untuk terus meletakkan jawatan sebagai Mentri dan tidak keterlaluan sekiranya aku menyarankan agar Soi Lek mulucutkan baju wakil rakyatnya. Sebagai seorang wakil rakyat beliau seharusnya menjadi contoh kepada rakyat dalam pada masyarakat hari ini berdepan dengan krisis sosial yang semakin memanjat naik. Sikap 'gentleman' tidak seharusnya ditunjukkan dengan hanya memohon maaf tetapi lebih daripada itu. Rata- rata ramai dikalangan masyarakat yang sudah hilang kepercayaan terhadap beliau yang sewajarnya diambil serius olehnya. Malahan beliau adalah merupakan pemimpin yang berada dinegeri yang kaya dengan adat ketimuran. Hidup dengan melakukan seks bebas bukanlah gaya hidup masyarakat timur. Bahkan bagi seorang pemimpin ia haruslah sama sekali dijauhi. Maka tidak hairanlah sekiranya berlaku kepincangan dan beberapa isu yang melibatkan kementeriannya memandangkan beliau sendiri boleh ada ruang masa untuk melakukan aktiviti yang sia-sia yang sewajarnya diberikan kepada rakyat dan masyrakat. Memang Soi Lek sudah hilang krediabilitinya sebagai seorang wakil rakyat dan tindakan tatatertib yang dastik perlu diambil oleh Majlis Presiden MCA dan juga BN. Seoarang Menteri umpama seorang bapa dan sekiranya bapa pun sudah teruk maka tak hairanlah kalau anak- anak pun teruk. Jadi Soi Lek nasib baik bukan kunci SOLEK, UNDUR! Lagipun ini practice politician dalam mana- mana dunia sekalipun. Jepun, Amerika, Korea, Britain dll. Dan UNDUR ini disarankan kepada beberapa pemimpin yang bersikap buruk sebegini. UNDUR SEBELUM MARUAH ANDA DIPUBLISITIKAN!!!