Rabu, 21 Mei 2008

Islam Hadhari : Pembohongan yang nyata.

Bila aku terbaca artikel berkenaan Temberang Islam Hadhari : Bila arak ada dalam pesawat Malaysia mengingatkan aku kepada betapa penyelewengan terhadap fahaman Islam itu sendiri dari sudut Istilah telah menggambarkan betapa Islam itu cuba diliberalkan. Islam yang datang datang sebagai ad-din iaitu cara hidup melengkapi setiap aspek kehidupan manusia. Ia merangkumi aspek politik, sosial dan ekonomi dalam masyarakat. Perbahasan mengenai masyarakat bertamadun sebenarnya sudah sekian kalinya jelas dengan kehadiran Islam itu sendiri. Islam hadir dalam keadaan manusia dalam keadaan kegelapan dan jahiliyah dan membawa cahaya baru dalam kehidupan manusia. Kehadiran Islam sbenarnya telah memperbaiki tahap sosia ekonomi dan budaya manusia bukan sahaja bagi penganut agamanya amalah keseluruhan umat manusia. Kehadiran Islam menjadi contoh yang terbaik dalam membangunkan sebuah masyarakat yang bertamaddun. Ibnu Khaldu ketika membahaskan berkenaan masyarakat madani begitu menekankan aspek pembinaan akhlak dan ketuhanan dalam ketemadunan manusia. Justeru sekiranya Islam diaplikasikan dengan sepenuhnya dunia dapat melihat sebuah contoh yang terbaik dalam keadaan manusia yang kucar kacir dan kian meruntuh. Justeru cubaan untuk membawa satu aliran baru dalam pemikiran umat Islam melalui fahaman yang bersifat liberal ternyata membahayakan bagi masyarakat awam yang kebanyakan kosong mindanya daripada fahaman Islam yang sebenar. Maka tidak hairanlah jika Islam Hadhari diperkenalkan pun masih ada lagi kemungkaran yang berleluasa seperti adanya arak di dalam pesawat Mlaysia. Dunia sudah maklum akan Istilah Islam Hadhari yang sememangnya menyeleweng daripada fahaman Islam yang sebenar. 10 teras yang cuba diwar- warkan didalam Islam Hadhari sebenarnya sekian lama terkandung di dalam ajaran Islam itu sendiri malah ia seolah- olah disempitkan hanya untuk kepentingan politik jahat pihak kerajaan dan pimpinan Barisan Nasional.

Pandangan Golongan Arab

Ketika aku berbicara dengan salah seorang pelajar Arab di UIAM ketika mana selesai program sambutan 25 tahun UIAM yang menjemput Pak Lah hadir. Beliau mengakui betapa golongan serta aliran pemikiran yang dibawa oleh Pak Lah dan sekutunya adalah terlalu bahaya terutamanya bagi golongan awam yang perlu kepada bimbingan yang sebenar. Tatkala fitrah manusia itu sukakan kepada perkara kebaikan peluang yang digunakan oleh golongan seperti mereka ini dengan cuba membawa label Islam mengikut acuan mereka sendiri ternyata boleh memecah belahkan ummah dan membuka ruang kepada musuh2 Islam untuk terus ditekan dan diperlekehkan. Sesungguhnya Islam itu agama yang suci dan tinggi maka tidak ada yang lebih tinggi daripadanya. Menurut pandangan belia arab ini beliau menyaksikan bahawa agenda Islam hadhari ini adalah merupakan agenda Yahudi dan oreantalis yang sentiasa mencari peluang untuk meragukan dan melemahkan umat Islam. Sekiranya masyarakat asing seperti beliau pun boleh berfikiran sedimikian maka bagaimanakahh pula dengan masyarakat kita hari ini. Islam itu adalah asas dan tidak sewajarnya ia disandarkan kepada sesuatu yang lebih lemah daripadanya.

Islam dan hadhari dan pintu kebebasan
]
apabila kita berbicara berkenaan dengan cara hidup Islam dan pengamalannya ramai dikalangan golongan muda yang terhasut dengan idealisma Islam Hadhari mengaplikasikan perkataan hadhari itu mengikut acuan dan cara hiudp moden kononya. Soal pergaulan antara laki dan perempuan apabila ditanya maka dijawab dengan selamaba "well, Islam hadhari don't be so rigid brother!" Kehadiran Islam hadhari dilihat sebagai modal untuk masyarakat muda membenarkan perbuatan- perbuatan mereka yang kononya selaras dengan tamadun hari ini. Apabila ditegur mereka mudah menjawab, "i tak tinggal solat. i buat tanggungjawab i. kalau i nak pakai rockers begini pun bukannya i jahat. Hadhari brother. Jangan jadi Islam rigid!" Perbualan- perbualan beginilah yang dikhuatiri akan menjadi pegangan dalam keadaan Islam Hadhari itu hadir tanpa ruh hanya sekadar nama untuk menghalalkan perkara yang diharamkan dan mengharamkan perkara yang dihalalkan. Hudud dilihat sebagai ketinggalan zaman dan arak di jawab sebagai menghormati sensitiviti kaum lain. Jawapan mungkin agak rasional tetapi bersalahan daripada prinsip dan asas Islam itu sendiri

Kembalilah kepada Islam yang sebenar]

Justeru saya menyeru kepada diri saya dan masyarakat keseluruhannya untuk kita sama- sama kembalii kepada ajaran Islam yang sebenar seperti amana yang telah dibawa oleh Nabi junjungan besar s.a.w. Dari sudutr aplikasi zaman dalam kaedah Islam itu sendiri ada menyebutkan berkenaan dengan Fiqh Waqi'e yang meletakkan beberapa asas penting dalam menyesuaikan Islam dengan zaman. Demi sesungguhnya Islam itu mendahului zaman seperti mana al-Quran sendiri telah membicarakan berkenaan alam cakrawala, planet dan bumi yang ketika itu belum lagi ada sebarang penemuan sbegitu. Bagaimana kita melihat nilai- nilai yang ada di dalam Islam itu sebenarnya lebih dicermati oleh golongan bukan Islam daripada kita yang sepatutmnya lebih menghargainya. Maka jadilah kita hamba yang bersyukur dengan menyandarkan sestiap sesuatu perbuatan kita itu kepada Islam dan bukannya Islam itu disandarkan kepada kita. Wallahu'alam. Jumpa lagi.

Tiada ulasan: