Rabu, 3 September 2008

Aku dan masa yang berlalu...

Assalamualaikum.

Hari ini setelah sekian lama aku tidak membasahkan tintaku, aku menulis juga. Bersempena dengan dengan Ramadhan Al-Mubarak ini aku mengucapkan Selamat Menjalani Ibidah Puasa. Semoga dengan kehadiran Ramadhan ini kita dapat memperbaiki diri kita untuk menjadi lebih baik daripada hari- hari yang sebelumnya.

Agak lama aku memejamkan mata daripada memfokuskan retinaku ini terhadap pelbagai isu sehinggalah blog ini sendiri sekadar aku melintas sekali dua untuk melihat perkembangannya. Sudah banyak yang berlaku dalam tempoh beberapa bulan aku menyepi. Dari episod diri sendiri yang merasai pengalaman dimasukkan ke wad sehingga perkembangan yang sihat dalam pola politik nasional yang ternyata lebih memberangsangkan.

Berlalu sudah Muktamar Pas yang diadakan di Ipoh baru- baru ini, dan aku tidak berkesempatan untuk merasai sepenuhnya suasana tersebut kerana aku terpaksa bergelumang dengan ujian kesakitan yang Allah berikan terhadap aku. Begitu juga berlalunya Pilihanraya kecil Permatang Pauh yang menyaksikan Saudara Anwar Ibrahim kini bergelar kembali Ahli Parlimen yang ternyata membuka episod baru dalam senario politik negara. Maka berlalu juga pembentangan Bajet 2009 yang bertemakan Bajet Prihatin yang menyaksikan BN terpaksa untuk mengakui kehebatan kuasa rakyat dengan pelbagai insentif yang baru dan drastik yang sepatutnya telah sekian lama dikecapi oleh rakyat. Pun begitu sedikit pun ia tidak dapat mengubah persepsi dan keyakinan rakyat terhadap kredeabiliti PR yang disebut- sebut akan mengambil alih keseluruhan pemerintahan negara pada 16 September nanti. Jua sesungguhnya perjuangan itu memerlukan pengorbanan bilamana Malaysian Today telah diharamkan atas kelantangan Raja Petra mencampuri urusan politik negara yang dikatakan 'demokrasi' ini.

Apa pun yang berlaku ternyata rakyat tidak sabar- sabar untuk menanti kebenaran 16 September 2008 sebagai hari untuk melihat Malaysia sebagai sebuah negara rakyat dan setiap susuk tubuh pentadbiran adalah untuk rakyat. Sejauh mana kebenaran 16 September ini hanya diketahui oleh pucuk pimpinan tertinggi di dalam PR. Apa yang pasti kita hanya mampu menelah dengan seribu telahan dan ianya hanya akan terbukti apabila perkara tersebut benar- benar berlaku. Sekilas lalu daripada suara- suara keyakinan pemimpin PR, rakyat mula meyakini akan kesahihan perkara ini. Siapa dan mengapa berlakunya Ahli Parlimen yang melompat parti akan kita nantikan bersama.

Saiful? Dari sekecil- kecilnya retina ku ini ternyata aku dapat melihat betapa isu liwat saiful ini seakan hilang daripada pandangan dan tiada lagi suara- suara yang memekik untuk menyatakan kebenaran perbuatan ini. Apa yang pasti ialah isu ini seakan terkubur bersama dengan kekalahan BN di Permatang Pauh. Maka soalnya, adakah isu ini sengaja diadakan untuk menyekat gelombang kebangkitan yang dibawa oleh Anwar dan rakan- rakan di dalam PR? Jika diliihat dari susun atur peristiwa ini sehinggalah timbulnya isu mubahalah/ sumpah ternyata ia boleh diakui sebagai strategi jahat untuk menjatuhkan dan memusnahkan karier politik seseorang. Apapun retina aku hanya terbatas setakat yang dapat aku lihat dan tidak sebaliknya.

Ramadhan yang menjelma ini juga begitu menenangkan seakan menyetujui kebangkitan rakyat untuk melihat kerajaan yang zalim dikuburkan. Maka Ramadhan ini juga menjadi medan untuk para pejuang terus meningkat munjatnya pada Yang Maha Mencipta dan mensyukuri ni'mat kemenangan yang diberikan oleh-Nya. Sesunggunya kemenangan ini adalah ruang dan peluang untuk umat Islam menyaksikan nilai dan corak pemerintahan yang berteraskan Islam teerlaksana. DAP walaupun menafikan tidak ada negara yang berasaskan agama melalui nada Ketua Menteri PP ternyata mengakui dan meyakini akan kebenaran konsep pemerintahan yang berasakan Islam.

Jadi oleh kerana retinaku kini sudah kabur dek dihalangi oleh kelopak mata, maka aku mohon mengundur diri dan selamat bertemu lagi dalam penulisan akan datang.

Wassalam dan salam sejahtera semua.

Tiada ulasan: