Isnin, 31 Disember 2007

SPR CABAR PEMBANGKANG BOIKOT??

Bila aku membaca artikel tersebut dalam Utusan Online maka terdetiklah di hati aku tentang sejauh mana peranan SPR dalam menjadi 'Pengadil' dalam PRU. Sepatutnya pa yang patut dilakukan oleh SPR bukan mencabar namun memperbaiki dan mempertimbangkan teguran yang diberikan oleh pihak tertentu. SPR tidak seharusnya bersikap menghukum dan cepat melenting kerana teguran yang dibuat itu adalah berasaskan norma- norma dan nilai demokrasi yang seharusnya dititik beratkan oleh pembangkang. Oleh kerana SPR adalah 'pengadil' sikap berat sebelah dan mendengar sebelh pihak tidak seharusnya diamalkan. Jika tidak maka bertambahlah ketidakpercayaan masyarakat terhadap badan tersebut. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ab. Rashid,"...BN tidak memerlukan pertolongan SPR untuk memenangi pilihan raya umum kerana parti itu mempunyai kekuatan tersendiri..." mencerminkan bahawa SPR sendiri sebenarnya berat sebelah dengan memberikan kredit dalam kenyataan beliau kepada BN sedangkan kenyataan itu biasanya dikeluarkan oleh pemimpin- emimpin BN. Seharusnya Tan Sri Rashid mempunyai pendirian bahawa setiap Parti politik yang bertanding mempunyai peluang untuk menang dan mereka mempunyai kekuatan masing- masing. Siapa yang menang itu hak rakyat. Sikap SPR yang cepat melatah dalam mendepani isu- isu PRU menunjukkan ketulusan mereka diragui dan seolah- olah menjaga kepentingan pihak- pihak tertentu. nada yang dikeluarkan mereka tidak ubah seperti nada emimpin- pemimpin politik BN yang berlagak seolah jagoan yang tidak ada tandingan. Dalam sistem demokrasi suara rakyat menjadi keutamaan. Sebenarnya tiada istilah demokrasi ala Malaysia yang diwar- warkan oleh pemimpin BN. Demokrasi adalah demokrasi. kadang- kadang sikap pemimpin- pemimpin kerajaan yang berlagak hebat dalam membicarakan demokrasi menjadi lucu apabila mereka sendiri tidak tahu apa itu demokrasi. Kebanyakan daripada mereka membicarakan tanpa mengikut acuan ilmu dan fakta yang terkandung dalam demokrasi. Kala nak buat dek\mokrasi ala Malaysia pun biarlah ada asasnya yang lebih baik daripada demokrasi sedia ada. Mungkin kalau tokoh- tokoh seperti Pluto, Aristitle dan lain- lain lagi akan tertawa melihat sikap lagak pandai pemimpin BN ini. Jadi renung- rnungkanlah.

Aku melepasi tempoh sukar umurku...

Assalamualaikum. SELAMAT TAHUN BARU 2008. Semoga tahun ini dipenuhi dengan azam yang memuncak selepas ia diperbaharui dalam MUHARRAM yang lepas. Sebagai umay Islam, 1 januari tidak mendatangkan makna yang amat besar berbanding Muharram. Sekadar menumpang kegembiraan orang lain. Dan hari ni 1 Januari 2008 merupakan hari ulang tahun kelahiran aku mengikut perkiraan MASIHI. Tiba- tiba umur dah menjangkau 23 tahun. sekelip mata semuanya berlalu. Dalam 23 tahun ini juga sudah banyak pengalaman pahit dan manis yang aku rasai. Ada yang aku mampu ketawa dan ada juga aku menangis. Melihatkan kepada tarikh 1 Januaru 2008 merupakan tarikh yang cukup keramat dan bersejarah dalam hidup aku apabila hari ini, aku memulakan hidup baru selepas aku lemas dengan kepahitan hidup selama beberapa tahun kebelakangan ini. walaupun antara pengalaman yang besar cukup memahitkan namun aku tetap tabah dan hari ini aku tempuhi dengan azam dan nafas baru. Kalau seketika aku pernah berada dipuncak, aku juga tak terlepas daripada jatuh merudum. Tetapi biarlah segalanya menjadi pengajaran. Hari ini aku mengetahui bahawa perasaan dan kasih sayang adalah merupakan milik Ilahi selepas peristiwa ... yang berlaku kepada aku. Usahlah mengharapkan kasih sayang sekiranya kita kurang mendahulukan kasih sayang terhadap Ilahi. Ketenangan itu hanya pada Ilahi. Walaupun kita mampu merasai saat bahagia bersama si dia contohnya...namun semuanya itu sekadar nikmat sementara sekiranya membelakangkan Ilahi. walau sehebat manapun kita jika tidak beralaskan kepada prinsip keTuhanan kita tak akan kemana. Bukanlah maknanya aku ada kes dengan si dia atau sesiapa tapi inilah sekadar renungan yang aku dapat pada hari keramat ini. Seribu pengajaran yang akan aku sematkan sehingga abadi.

Selasa, 16 Oktober 2007

Salam Eidul fitri

Assalamualaikum. Alhamdulillah kita sudah pun selamat menyambut gari raya idul fitri. Maaf zahir batin ye? Buat apa cuti ni? Aku biasalah menembunkan diri sebelum nak kena kerah keringat untuk training takraw pulak. Ohya bila sebut tentang cuti aku nak cerita la sedikit tentang pengalaman aku dalam cuti ni. Cuti ni sepupu aku lelaki kahwin selamat pun. Raye sakanla sekarang. Sepupu perempuan aku pulak bertunang. maka mulalah aku dihujani dengan sejuta persoalan daripada masyarakat sekeliling berkenaan perkahwinan. 'ada calon lagi tak?' 'aku tunggu hang dulu' pas ni turn hangla pulak!' dan bermacam- macam lagi ragam perkataan yang dah lali dan muak untuk aku dengar. Tentang jawapannya tak perlulah aku exposskan sebab aku malas lagi nak fikirkan tentang ni. Tak tahulah kot2 tiba2 Allah buka ruang tapi aku tak mahu tumpukannya buat masa ini. kalau ada tu adalah tapi kalau tak ada tu bukan rezeki lagila tu...tiba2 teringat pulak lagu amy mastura 'siapalah aku ini...' hah tak pelah. tapi ad juga sedikit input yang aku dapat cuti ni bilamana aku pergi ke TESCO dekat rmah aku. Secara kebetulan aku terbelilah dengan tersengaja buku karangan shahnoon ahmad. Ia mengisahkan tentang hidupnya. Kiranya buku ni berbentuk bibliografila tapi dibawa dari sudut olahan sastera. daripada karya beliau yang terawal sehinggalah sekarang. disusun dengan rapi dan meanrik. Yang aku suka olahan bahasanya. Kesinambungan longhat tempatan dibahagian Sik,Kedah dengan gaya bahasa sastra membuatkan aku cukup teruja. Biasanya kalau aku membaca pasti akan mengantuk tapi cukup berainan untuk buku karangan beliau ini. Gaya bahasa yang bersahaja ini seolah- olah memberikan tenaga kepada aku dan menanamkan persoalan plot yang seterusya untuk aku garapi satu persatu...Bolehla korang selak- selak..."setitis embun semarak api.." rasa sekadar itu yang dapat aku nukilkan buat kesempatan waktu ini. jumpa lagi.

Selasa, 11 September 2007

Assalamulaikum...Apa khabar para pembaca sekalian.. Aku dah lama tak menulis bila aku kurang sihat sejak kebelakangan ni. Tapi hari ni aku rasa seola perlu untuk sedikit menganalisa politik yang berlaku di dalam negeri ni. Aku tertarik dengan laporan berita rusuhan di terengganu yang mengaitkan perkara ini dengan pembangkang. Bila aku membaca berita tersebut ternyata perkara yang pertama aku katakan adalah laporan tersebut bersifat tidak telus dan berat sebelah. Kenapa aku berkata sedimikian? Ini kerana pihak pembangkang telah dipersalahkan oleh sebelah pihak yang menggunakan perkataan 'dipercayai'. Daripada pemahaman dari sudut bahasa, ia membawa erti kepada tohmahan yang bersifat ragu-rAGU dan masih belum pasti. Malah punca kejadian dan muka- muka yang boleh dikaitkan sebagai bukti ia adalah perbuatan pembangkang tidak pula dijelaskan oleh pihak pemberita. Kenyataan ini juga bersifat berat sebelah apabila hanya di pihak pergerakan pemuda UMNO sahaja yang diminta pandangan. Daripada bacaan politik peribadi aku ia juga berkemungkinan dirancang oleh pihak BN dan UMNO sendiri kerana dari sudut pola penerimaan politik semasa di Terengganu, BN sebenarnya berada didalam keadaan yang lemas. Fakta ini ternyata diakui oleh ramai tokoh-toko analisa politik semasa. Secara kesimpulan awalnya bolehlah aku mengakui bahawa ini adalah merupakan strategi hitam yang digunakan untuk membusukkan pihak lawan walaupun sebenarnya ia adalah agenda politik pihak yang menuduh. Ini kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh pemuda UMNO tentang jangkaan pengalihan undi peniaga seolah- oleh objektif tersembunyi dan pengucapan yang dirancang...ayoh kawan...jangan menipu kami.

Selasa, 4 September 2007

Cerpen: Terbukti sudah!


Ni aku dah kering idea nak menulis jadi nak membacalah. Cuma membaca ramai2 tu lebih menarik tak gitu....

Cerpen: Terbukti sudah!


PADA minggu lepas aku ke Fakulti Pergigian Universiti Malaya, bertemu dengan seorang Profesor dari London yang kebetulan membuat lawatan sambil belajar ke fakulti itu. Sewaktu melewati ruang anjung, aku sempat membaca satu kenyataan pada papan kenyataan yang terpampang di dinding, yang dibuat oleh Dame Margaret Seward, Presiden of The General Dental Council of United Kingdom (GDC) pada tahun 1997. Ringkas ayatnya, tetapi padat dan membanggakan: “Fakulti ini mengeluarkan ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian yang setaraf kualitinya dengan yang terbaik di dunia.”

Aku merasa tersangat bangga membacanya kerana ayat itu adalah lambang ketinggian pencapaian ilmu fakulti itu. Akulah orangnya yang meletakkan papan tanda itu di situ. Tahun 1997 tahun itu.



Aku masih ingat pada tahun 1987, sewaktu pertama kalinya aku memimpin Fakulti itu. Aku tersangat inginkan supaya ijazah keluaran fakultiku itu diiktiraf dunia, supaya anak-anak didikku akan dapat merentasi dunia dengan sekeping ijazah milik mereka dari fakultiku itu. Maka bersama-sama kakitangan fakulti itu aku bertungkus-lumus membina landasan ilmu yang kukuh dan mantap. Selama dua tahun berikutnya, aku membina dan memperbaiki infrastruktur supaya menjadi canggih dan meningkatkan kewibawaan ilmu keupayaan pengajaran dan pembelajaran, serta penyelidikan warga fakultiku. Di dalam dadaku berkobar semangat juang untuk memartabatkan negara melalui penguasaan ilmu dan penggunaan bahasa ibunda Tanah Melayu, iaitu bahasa Malaysia. Dengan bantuan dan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka, kerja-kerja peristilahan yang bersangkutan dengan ilmu Kedoktoran Pergigian telah sempurna disenggarakan. Fakulti Pergigian Universiti Malaya menggunakan bahasa Malaysia seratus peratus sebagai bahasa pengantar dalam pengajarannya.

Pada awal tahun 1989, segala kerja-kerja pemantapan Fakulti Pergigian pun siap. Yang kurang diperbanyakkan; yang lemah dikuatkan; yang pudar digilapkan; yang condong ditegapkan dan yang lama diperbaharukan. Aku dapat rasakan pada waktu itu betapa sempurnanya fakultiku itu. Fakulti Pergigian sudah bersedia untuk dinilaikan oleh sebarang badan tauliah dunia. Maka aku pun membuat temujanji dengan ketuaku untuk menyatakan kepadanya hasrat fakulti yang ingin mengundang sebuah badan tauliah dunia The General Dental Council (GDC) yang berpangkalan di United Kingdom bagi tujuan membuat penilaian dan seterusnya mengakreditasi dan menganugerahkan pengiktirafan ke atas Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian yang dikeluarkan oleh fakultiku itu. Kebenaran daripada ketuaku hendaklah diperolehi, sebelum usaha ini dapat dilakukan.

“Tahukah saudara bahawa fakulti mesti berada di dalam keadaan tip-top kalau ingin dinilai oleh GDC? Fakulti mesti mantap dalam semua segi dan berada dalam kategori bertaraf dunia,” kata ketuaku apabila aku menyampaikan hasrat fakulti untuk dinilai oleh GDC kepadanya.

“Saya tahu. Kami sekalian ahli-ahli fakulti sudah pun mempersiapkannya. Dua tahun telah kami bekerja keras menyediakan fakulti untuk tujuan ini.”


“Saya rasa amat sulit untuk saudara mendapatkan pengiktirafan itu. Tahun dulu, Fakulti Perubatan gagal mendapatkan pengiktirafan daripada General Medical Council United Kingdom kerana katanya Fakulti Perubatan menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar pengajaran. Mereka mahu Bahasa Inggeris digunakan.”

Aku terkejut mendengar kata-kata ketuaku itu. Kalau penggunaan bahasa Malaysia sahajalah yang dijadikan alasan untuk menghalang kemaraan ilmu, maka tidak akan dapat berkembanglah ilmu di negara ini di mata dunia. Kalau penguasaan ilmu oleh kita tidak akan dilihat orang semata-mata kerana kita menggunakan bahasa Malaysia dalam sistem pendidikan kita, maka pastilah bahasa Malaysia tidak mungkin akan menjadi bahasa ilmu. Aku merasa amat kecewa.

Tiba-tiba aku teringat kepada kawanku Dr Roberto dari University Bologna, Itali. Dia memperoleh ijazah Kedoktoran Pergigian dari universiti itu yang menggunakan bahasa Itali sebagai bahasa pengantarnya. Namun begitu, ijazahnya diiktiraf oleh GDC. Aku juga teringat pada kawan-kawanku Johann dari Belanda, Marcia dari Sepanyol, Max dari Jerman dan Michelle dari Perancis. Mereka semuanya adalah lulusan universiti daripada negara masing-masing yang menggunakan bahasa ibunda sendiri. Namun ijazah mereka diiktiraf oleh GDC. Kenapa tidak bahasa Malaysia? Aku mulai merasa lega kerana aku mempunyai alasan untuk kubawa kepada GDC untuk pertimbangan.

“Kalau betul orang putih yang menguasai GDC itu adil, mereka tentu akan menerima bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar,” bisik hatiku perlahan-lahan.

Aku sepatutnya menulis kepada pihak berkuasa GDC untuk bertanyakan tentang kedudukan bahasa Malaysia dalam hal ini. Status perkara ini tentu nanti akan menjadi nyata. Aku tidak sepatutnya menerima bulat-bulat kenyataan orang lain selain daripada kenyataan yang sebenar. Aku teringat kepada pepatah yang kupelajari sewaktu di bangku sekolah lama dulu: “Malu bertanya sesat jalan, malu berkayuh perahu hanyut.” Aku pun mengutus sepucuk surat kepada GDC, menanyakan hal bahasaku itu.

“Yang kita mahu lihat ialah tahap kecemerlangan fakulti tuan dalam segi pentadbiran, kemudahan, kelengkapan dan kandungan silibus dan penyelidikan, kepakaran serta kewibawaan ilmu yang ada pada kakitangan. Bahasa pengantar yang digunakan untuk mengajar tidak penting.” Itulah antara kandungan jawapan surat daripada GDC kepadaku. Tiada terperi lagi gembiranya aku. Aku melompat membawa kerianganku itu hampir ke siling rumahku. Awan yang seketika dulu aku rasakan mendung, rupa-rupanya mengandungi cahaya yang menyilau. Rupanya ada cahaya pada penghujung terowong. Aku hanya perlu berjalan terus ke penghujungnya.

Tiba tiba, aku dilanda malapetaka. Ketuaku memecat aku daripada menjadi Dekan Fakulti Pergigian kerana dianggapnya aku tiada berguna lagi. Ditempatkannya aku di bilik kecil di tepi tandas di hujung bangunan fakulti. Pedihnya amat sukar kutanggung. Biarlah aku tidak menyatakan di sini mengapa peristiwa ini berlaku. Sepanjang yang aku tahu, aku tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan terhadapnya, terhadap universiti atau negaraku. Cukuplah kalau aku katakan bahawa seluruh hidupku pada waktu itu diselubungi oleh malam yang gelap lagi gelita. Tanah yang kupijak terasa rekah berkecai di bawah telapak kakiku. Aku menghadapi hari-hari itu dengan gundah dan gulana. Kusangka panas berlarut ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Rakan-rakanku yang dulunya sukar dibilang ramainya, sudah ramai pula tidak meluangkan peduli padaku. Pada penghujung tahun 1989 peristiwa ini berlaku. Tetapi kalau sudah ditakdirkan begitu, aku perlu banyak bersabar, berfikir dan berikhtiar untuk keluar daripada krisis itu. Aku mesti terus berjalan ke arah bumi yang kukuh.

Dengan pemecatanku sebagai dekan dan kehilangan kuasa pimpinan fakulti, maka berkuburlah cita-citaku untuk membawa Ijazah Pembedahan Pergigian ke pentas dunia dan menobatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu. Dekan-dekan yang mengambil alih tempatku kemudiannya, tidak seorang pun yang mahu meneruskan perjuangan itu. Tahun demi tahun, aku menunggu dengan galakan dan doa, agar mereka mengerjakannya, tetapi sia-sia belaka. Usaha yang telah aku mulakan dulu itu makin lama makin menjadi kaku dan kelihatan akan mati bersama kematian jawatanku. Segala persiapan yang telah kumulakan dulu mulai hilang daripada ingatan sejumlah besar kakitangan fakulti. Aku sering bertanya, apakah kakitangan fakulti di bawah pimpinan yang baru tidak sama sekali ingin memartabatkan fakulti dan bahasa ibunda di mata dunia? Apakah kerana mereka takut padaku apabila bersetuju untuk mengerjakannya ketika aku mengetuai mereka dulu? Atau mereka tidak peduli lagi tentang perkara itu? Atau....

Aku sendiri sudah tidak mampu lagi berbuat apa-apa mengenainya. Tetapi aku masih menyimpan harapan bahawa pada suatu hari nanti, akan datang peluang untuk aku mengerjakan usaha itu semula. Aku menyalakan api perjuangan ini di sanubariku dan aku cuba menyemarakkannya pada setiap penjuru bilik pejabatku yang terletak di tepi tandas itu. Pada mulanya aku dapat mendengar segala bunyi yang dibuat manusia yang mengunjungi kamar kecil itu, tetapi lama kelamaan aku menjadi kalis dengannya. Sudah alah bisa tegal biasa.

Aku mengharapkan ada orang yang akan sedar betapa pentingnya kerja-kerja pemartabatan itu dan akan melakukannya. Sekiranya begitu, maka aku mengharapkan mereka mengundang aku untuk bersama berjuang mencapainya.

Tiba-tiba, hampir lima tahun kemudian, langit yang mendung bertukar menjadi cerah. Arang yang terconteng pada mukaku dibasuh bersih oleh sekendi air bunga tujuh warna. Dengan kehendak Allah SWT, jawatan dekan dikembalikan kepadaku. Aku lantas kembali menebus maruah dan berdiri di atas kaki peribadiku sendiri. Terasa benar aku telah kembali menjadi manusia. Tahun 1993 tahun itu.

Aku pun segera pulang meneliti kerja asalku. Kugembelingkan segala tenaga yang ada bagi merealisasikan hasratku itu. Bila kutanya kakitangan fakulti yang ada, semuanya ingin bersamaku mendapatkan pengiktirafan GDC ke atas ijazah yang dihasilkan fakulti, dan sekali gus memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu. Ada di antara mereka yang mengatakan bahawa mereka selama ini menunggu aku kembali memimpin mereka ke arah itu. Aku hanya tersenyum mendengar penjelasan itu. Aku tidak peduli walaupun pengucapan itu dibuat dengan hati yang tidak ikhlas. Ikhlas atau tidak, aku sudah memperolehi sokongan mereka.

Maka aku pun segera menyampaikan hasrat fakulti untuk mendapatkan pengiktirafan daripada GDC kepada ketuaku yang baru. Yang dulu sudahpun lama berlalu.

“Bagaimana kalau saudara tidak berjaya mendapatkan pengiktirafan itu?” tanya ketuaku. “Fakulti Perubatan pun belum memperolehi pengiktirafannya sejak ianya ditarik balik lama dulu,” ujarnya lagi.

“Dato’ bolehlah mencari dekan yang baru,” jawabku spontan. Jawapan sebegini telah kurancang seminggu dulu sebelum aku bertemunya.

Ketuaku memberi senyuman yang lebar. Aku tidak pernah melihat manusia ini berbuat begitu. Barangkali hatinya betul-betul tertarik dan mungkin juga terhibur dengan jawapanku itu. Tiba-tiba juga aku menjadi takut. Takut kalau-kalau nanti tidak berjaya usahaku itu. Tapi aku matikan rasa takut itu secepat ianya timbul, bila kuingatkan bahawa dulu aku pernah bertekad untuk menghadapinya. Aku pernah menulis bahawa aku mesti terus berjalan ke arah bumi yang kukuh. Alang-alang menggenggam bara, biar sampai menjadi abu.

Aku pun segera mengutus surat kepada pihak berkuasa GDC United Kingdom tentang hasrat fakulti untuk mengundangnya membuat penilaian ke atas ijazah fakulti. Aku menjelaskan kepada mereka bahawa aku memerlukan dua tahun untuk menyiapkan fakulti untuk pemeriksaan itu. Mereka menjawab dengan gembira sekali bahawa mereka bersedia untuk memeriksa fakulti pada tahun 1997 bulan Oktober. Kami memberi persetujuan dan lantas memperkemaskan diri dan fakulti. Pada hujung terowong, akhirnya sudah kunampak ada api yang bernyala. Aku mesti bergerak menuju ke arahnya.

Akhirnya, Oktober 1997 datang juga. Aku menyambut kedatangan tiga orang pemeriksa pihak berkuasa GDC di tangga halaman Fakulti Pergigian Universiti Malaya. Seorang orang dari Dundee, seorang dari Glasgow dan seorang lagi dari London. Aku menjadi peka dan sedar pada debaran jantungku yang dalam beberapa hari dulu telah mula bertempo cepat, kini sampai kepada kemuncaknya. Aku dapat merasakan seolah-olah pemeriksa-pemeriksa di hadapan aku itu dapat menyelami kegugupanku ketika kami berjabat tangan pada hari pertama perjumpaan itu.

“Tapi ini perkara biasa. Kalau jantung tidak lagi kuat berdegup pada saat-saat begini, tandanya jantung itu sudah kurang berfungsi,” kata hatiku yang cuba menenangkan fikiranku. Sebetulnya, aku menjadi lebih tenang dengan pegangan itu. Tambahan lagi, pemeriksa-pemeriksa itu kesemuanya menunjukkan perwatakan yang senang didampingi lagi mesra. Sepertimana biasa, aku menulis sebuah puisi bagi menghadapi kegusaranku itu. Aku yakin bahawa puisi mampu memainkan peranan bagi mengubati perasaan yang kurang tenteram. Ini hanya boleh berlaku kalau seseorang itu peka kepada kemampuan bidang ini dalam menyampaikan maksud. Keindahan bahasa Malaysia dengan perbendaharaan kata yang luas adalah keistimewaan bahasaku itu. Aku tersangat yakin bahasa Malaysia mampu menjadi bahasa ilmu dan bahasa dunia kalau kita hanya bersungguh-sungguh untuk meletakkannya di situ.

Untuk selama tiga hari suntuk seterusnya, pemeriksa-pemeriksa daripada GDC itu menjalankan tugas mereka di Fakulti Pergigian dan Perubatan Universiti Malaya, menilai setiap perkara yang telah mereka dulunya dimaklumkan. Mereka mewawancara kakitangan fakulti yang mewakili kategori pekerjaan masing-masing, seperti jururawat, juruteknik, pensyarah muda, pensyarah, profesor madya dan profesor. Mereka juga mewawancara mahasiswa tahun pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima, termasuklah lulusan fakulti dalam bidang kedoktoran pergigian yang telah memegang berbagai jawatan di negara ini. Selepas mewawancara setiap satu daripada dua belas kumpulan ini, aku dijemput untuk berbincang dengan mereka dan menjawab sebarang soalan diatas kapasitiku sebagai Dekan Fakulti Pergigian Universiti Malaya. Sesungguhnya sesi-sesi ini amat menakutkan aku. Aku takut kalau-kalau jawapanku kepada mereka bercanggah dengan apa yang telah diberikan oleh kumpulan-kumpulan sebelumku itu. Setiap kali aku berada di pintu untuk memasuki kamar pemeriksa-pemeriksa itu, ada ketikanya apabila aku memandang wajah mereka yang duduk di meja, seribu gundah menerpa otakku. Tetapi setiap kali aku berada di pintu, aku tidak lupa mengingati Allah Yang Maha Pengasih dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Pada petang hari ketiga, setelah wawancara selesai dengan kumpulan terakhir, aku pun dipanggil masuk ke kamar pemeriksa-pemeriksa itu seperti biasa. Aku tahu pada sesi terakhir ini, keputusan akan dibuat mereka. Baik atau buruk akan segera aku ketahui. Jantungku kembali berdebar seperti hari pertama dulu. Tetapi aku sudah lebih bersedia untuk menerima kenyataan. Lagi pun, diriku sendirilah yang mahukan pemeriksaan ini dilakukan.

Ketika aku berada di pintu kamar pemeriksa, tiba-tiba langkahku mati seketika. Aku terpegun melihat tiga orang pemeriksa itu yang diketuai oleh Profesor Grieve berdiri menyambut kedatanganku. Mereka tidak pernah berdiri menyambut kedatanganku dalam sebelas sesi pertemuan sebelum ini. Tiga orang putih warganegara United Kingdom berdiri menyambut seorang Melayu? Perkara seperti ini belum pernah aku saksi. Apakah ini satu tanda penghormatan? Aku melihat wajah gembira masing-masing dengan senyuman yang cukup manis terukir pada bibir masing-masing.

“Selamat datang kembali,” ujar Profesor Grieve meleretkan senyuman.

“Silakan duduk.”

“Terima kasih,” aku menjawab sambil berjabat tangan dengan setiap orang. Kami kemudiannya duduk.

“Kami telah selesai memeriksa apa yang patut diperiksa. Kami berpendapat bahawa Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian keluaran Universiti Malaya telah memenuhi semua syarat untuk diberi pengiktirafan oleh GDC. Kami akan memperakukan kepada Majlis sepulangnya kami ke London supaya ijazah ini diberi status pengiktirafan itu,” kata Profesor Grieve, sambil menghulurkan tangannya kepadaku. Aku sambut dengan segera. Terasa macam dalam mimpi.

Aku menjadi bisu. Ingin kukatakan sesuatu, tetapi lidahku kelu.

“Kami memanggil saudara untuk memaklumkan perkara ini terlebih dahulu, sebelum kami mengumumkan berita baik ini kepada seluruh warga fakulti saudara sekejap lagi,” sambung Profesor Grieve dengan muka yang tersenyum sepanjang pertuturannya.

Profesor Grieve dan rakan-rakannya nampaknya lebih berjaya menunjukkan kegembiraan di atas keputusan itu berbanding aku. Walaupun akulah orang yang paling gembira pada saat itu, tetapi aku rupa-rupanya terkejut dengan berita sebaik itu, hinggakan beku otot senyumanku.

“Terima kasih,” itulah kata secantik bahasa yang dapat kuluahkan pada waktu itu. Rasanya ingin kulompat setinggi langit pada waktu itu.

Ketika aku dan rakan-rakanku mengiringi Profesor Grieve dan rakan-rakannya ke Lapangan Terbang Subang untuk pulang ke Great Britain, Profesor Grieve sempat berbisik padaku, “Dalam ilmu kedoktoran gigi, bahasa Malaysia sudah menjadi bahasa ilmu. Setanding dengan bahasa Eropah yang lain.” Dia mengerdipkan mata kirinya kepadaku. Bibir mulut kirinya ikut terangkat. Aku ikut mengerdipkan mata kiriku kepadanya. Bibir mulut kiriku terasa terangkat sama.

Dua bulan kemudian, aku menerima surat daripada pihak berkuasa GDC, yang menyatakan bahawa Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian Universiti Malaya telah diiktiraf oleh negara itu. Sempurnalah sudah pemartabatan Ijazah Universiti Malaya ini ke tahap dunia. Sempurnalah sudah bahasa Malaysia menjadi bahasa ilmu. Terbukti sudah!

Biodata

PROF Datuk Dr Hashim Yaacob dilahirkan di Tanah Merah, Kelantan, pada 1949, mempunyai empat antologi puisi termasuk Aku Hanya Mahu Ke Seberang yang memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-200. Mantan Naib Canselor Universiti Malaya ini turut giat dalam kajian mahupun persembahan wayang kulit dan Silat Kelantan.

Sabtu, 1 September 2007

Ancam batalkan MTUC dan persatuan bukti tidak demokrasi

bila aku terbaca sahaja tentang berita ni jelas tergambar kepada aku bahawa sikap kerajaan yang tidak demokratik. Ancaman membatalkan MTUC dan persatuan pekerja yang lain serta tuduhan menjadi alat politik pembangkang menggambarkan betapa sikap kerajaan yang bongkak dalam menerima pandangan serta suara rakyat. Rakyat yang bekerja dengan kerajaan diminta untuk menjadi pak angguk dalam setiap dasar yang dibuat oleh kerajaan. Kebajikan dan hak pekerja hanya yang diputuskan oleh kerajaan sedangkan sepatutnya di dalam sebuah negara yang demokrasi kerajaan sentiasa bersikap terbuka dan serius terhadap pandangan rakyat. Kesukaran yang dirasai oleh rakyat tidak didasari sebaliknya terus mengukur daripada kaca mata mereka sendiri. Salahkah rakyat untuk menyatakan hak mereka? Rakyat dituduh menjadi seteru pembangkang, adakah rakyat Malaysia hanya daripada satu parti dan fahaman sahaja. Pada pandangan aku pembangkang adalah berperanan untuk menjadi penyemak imbang bagi kerajaan dan membawa bersama- sama suara rakyat kepada kerajaan yang tuli. Adakah bila menjadi Pak Menteri anda boleh berbuat sesuka hati dan rakyat hanya membisu? Wang elaun anda yang mencecah ribuan ringgit malah puluhan adalah daripada titik peluh rakyat. Salahkah kami rakyat untuk meminta dan merasai hasil daripada titik peluh kami dengan kadar yang sewajarnya? tahukah kos sara hidup hari ini semakin tinggi? ternyata kerajaan tidak demokrasi dimana terus menipu rakyat dan hanya memandang rakyat dalam tempoh hampir dengan pilihan raya diatas kepentingan peribadi. Mungkin kalau tandas awam tidak diselenggarakan dengan betul dan aku meluahkan rasa tidak puas hati lalu aku digelar penentang kerajaan? Aku bersama- sama MTUC sebab kalau kerajaan benar- benar ikhlas mereka akan mengadakan perbincangan demi perbincangan serta dialog untuk kepentingan rakyat. Aku kesal adanya pemimpin sebegini sombong dan kerajaan yang angkuh. Kalau orang kerajaan baca ni mesti kata aku penentang. Memang aku penentang sebab kami penegur dan rakyat yang bijak. Kami hanya mahu hak kami!!! Hidup rakyat!

Khamis, 30 Ogos 2007

Yang Faham Buat- buat Tak Faham....!!!

Hari ni retina aku agak kabur sebab aku diserang magrain. Namun aku terpanggil jugak untuk menulis sedikit yang termampu memandangkan dah agak lama aku tak menulis dalam ruangan aku ni... mungkin ramai yang tak sedar dan tak kurang juga ramai yang sedar tentang fatwa yaang dikeluarkan oleh majlis fatwa berkenaan pengharaman meletakkan bunga ditugu negara kerana ia diklasifikasikan sebagai syirik. Isu ini mnjadi gempar apabila Pak Lah yang disebutkan sebagai 'amir mukminin wal musyrikin' tu mengahdiri upacara meletakkan bunga bersempena hari pahlawan yang keberapa kali entah. sebagai seorang rakyat Malaysia yang beragama Islam aku amat kecewa dan malu dengan tindakan yang dilakukan oleh Pak Lah ni. Kalau nak katakan beliau tak tahu tentang agama, beliau adalah graduan lulusan pengajian Islam daripada Universiti Malaya. Agaknya Pak lah waktu belajar dulu asyik tidur sahaja sebab tulah Hadharah Islamiyah pun jadi Islam Hadhari, bini pun tak bertudung dan perkara- perkara yang boleh membatalkan syahadah pun dah tak dapat dibezakan olehnya. sikap Pak Lah yang bongkak yang membelakangkan Majlis Fatwa Kebangsaan benar- benar mencerminkan betapa Negara ini memang sekular dengan pentadbiran dan pemimpinnya yang sekular. bila aku menyingkap kembali beberapa lembaran sejarah dizaman perdana menteri kita Che Det, tidak pula berlaku perkara sedimikian iaitu meletakkan bunga di tugu negara. Padahal kalau dilihat kepada latar belakang beliau, tiada pulak bidang agama pernah diceburinya. Ternyata Tun lebih cepat faham. Mungkin inilah yang disebutkan oleh Tun bahawa antara dua kesilapan yang amat disesalinya sepanjang bliau menjadi PM adalah tidak berjaya mengubah pemikiran Melayu dan KESILAPANNYA MELANTIK PAKLAH sebagai PM. Kalau Tun pun kata macam tu... kita lagila mengiyakannya. Dizaman Pak Lah ni jugak benar menggambarkan bahawa kejarajaan ni memang sekular dimana bila timbul isu 'dakwat celup' untuk pilihanraya masing- masing menyatakan ianya haram dan diminta pulak dirujukkan kepada Majlis Fatwa. Rupanya perkara yang mengancam mereka barunak gunakan agama. Yang lucunya ialah Majlis Fatwa menyatakan bahawa dakwat itu harus dan sebenarnya tak perlu dirujuk kepada majlis fatwa. tak taulah apa ustaz-ustaz yang ada disekeliling PM dan kunco2nya tu buat. Mungkin nilah yang dimaksudkan sebagai SYAITAN BISU didalam hadith...ish-ish.

Ahad, 26 Ogos 2007

Sertakan laungan kemerdekaan dengan mengingati Allah - Tn Guru Nik Aziz

Bila aku terbaca artikel ni jauh disudut hatiku terkenangkan peristiwa pembukaan kota mekah oleh Nabi junjungan besar Muhammad S.A.W. Peristiwa ini adalah merupakan peristiwa kemerdekaan terbesar dalam sejarah peradaban dunia dimana manusia dimerdekakan daripada belenggu kejahilan dan kegelapan. Nabi s.a.w telah menunjukkan kepada kita dengan jelas bagaimana kemerdekaan itu perlu didahulukan dengan laugan syukur kehadrat Allah Taala...emmm. cukup la tu.baca la artikel ni...

KOTA BHARU, 16 Ogos:
Kemeriahan dan kegembiraan melaungkan perkataan merdeka hendaklah disertakan dengan mengingati kebesaran Allah kata Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


(Foto: Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakub melekatkan Jalur Gemilang di kenderaan salah seorang ketua jajahan di Kelantan.)


Beliau berkata, Islam tidak menghalang merayakan sambutan kemerdekaan negara, sebaliknya jangan lalai terhadap seruan agama.


“Malah dalam sejarah awal kebangkitan Islam, bendera menjadi elemen yang cukup penting. Ketika tentera Islam berdepan dengan tentera Rom, sahabat yang diberi tanggungjawab menjaga bendera memegang erat sehingga akhirnya dia mati dibunuh.


“Ini menjelaskan Islam tidak menghalang acara kibar bendera seperti yang diadakan sekarang, sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan negara,” katanya pada pelancaran perayaan Bulan Kemerdekaan ke-50 dan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri di Padang Merdeka, 16 Ogos lalu.


Teks ucapannya dibaca Timbalan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob. Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, anggota-anggota Exco dan pegawai kerajaan negeri serta Pusat.


Pelbagai acara menarik diadakan termasuk penyerahan Jalur Gemilang kepada anggota pasukan tentera, ketua-ketua jabatan dan badan bukan kerajaan. Timbalan Menteri Besar juga melekatkan Jalur Gemilang di kenderaan rasmi ketua-ketua jajahan dan jabatan kerajaan negeri serta Pusat.


Selain itu diadakan perarakan motosikal klasik dan vespa yang didahului kereta berkuda. Persembahan kebudayaan dan pancaragam pasukan anggota tentera turut diadakan.


Nik Abdul Aziz berkata, kemerdekaan sebenar dalam konteks Islam iaitu merdeka dari sudut fizikal dan rohani.


“Islam juga tidak benarkan menjajah orang lain. Islam lebih mementingkan keluhuran, berdisiplin, tepati masa, pemurah dan mengharamkan perbuatan keji serta buruk.


“Kemerdekaan yang ditakrifkan di sini iaitu merdeka daripada kekangan sesama manusia. Sebab itu Islam berbeza berbanding dengan ideologi-ideologi lain,” ujarnya.

Merdeka oh merdeka...

Merdeka oh merdeka... hari ni mentor aku dalam bidang politik kampus dan politik am akhirnya grade jugak sebagai seorang graduan undang- undang daripada universiti aku... walaupun beliau terpaksa menghadapi hukuman pergantungan oeh pihak universiti yang menyebab beliau tinggal keseorangan namun sikap dan komitmennya cukup membanggakan. Dia adalah tokoh yang cukup hebat pada pandangan mata aku kerana bisa melahirkan protege- protege yang boleh bertindak dengan matang dan menguasai selok belok politik dan kepimpinan secara baik. aku adalah antara air tangannya yang sempat sedikit sahaja merasai adunannya tapi apa yang diberikannya dan kehebatannya dalam membina potensi diri aku membuatkan aku rasa teruja dan natijahnya dalam satu pertandingan pitado peringkat negeri aku beroleh sesuatu yang cukup berharga hanya dengan sentuhan lima minit beliau. Bukan title yan nak aku hebohkan tetapi keyakinan diri aku yang berjaya disuntik olehnya hanya dalam masa kurang daripada lima minit. Toche sifu!!!!

Ahad, 19 Ogos 2007

Angan-angan atau realiti?



DATUK HUSAM MUSA.

MINGGUAN: Ramai kalangan pimpinan UMNO yang menganggap kenyataan Datuk berhubung fokus Pas untuk memenangi 40 kerusi tidak ubah angan-angan Mat Jenin dan cuba menutup kebimbangan sendiri. Apakah asas keyakinan Datuk?

HUSAM: Pada tahun 2004, rakyat berasa euphoria, sebab terlalu lama berada di bawah pemerintahan seorang Perdana Menteri (PM) dan dalam tempoh 22 tahun itu, banyak berlaku konflik. Maka perasaan untuk meraikan perubahan itu wujud di kalangan rakyat dan membuatkan mereka memberi mandat terbesar kepada BN dengan keyakinan untuk menjayakan beberapa perubahan pentadbiran ke arah kebaikan rakyat.

Ini diikuti satu pengharapan yang sangat tinggi dan dalam masa yang sama PM membawa impian yang sangat besar termasuk janji-janji membaiki perjalanan pentadbiran negara, menghapuskan rasuah, pembaziran dan penyelewengan yang semua ini memberi faedah terbanyak kepada rakyat.

Jadi apa yang Datuk harapkan?

HUSAM: Termasuk dalam fikiran saya, tersirat satu harapan dalam sebahagian rakyat bahawa Perdana Menteri, Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) mampu menyatukan dan membela orang Melayu.

Namun mandat besar membawa rasa selesa kepada kerajaan, pemimpin di semua peringkat. Apa yang dijanji tidak dilaksanakan. Contoh ketidaksamaan antara apa yang dijanji dengan apa yang dilaksanakan, kerajaan beri kenaikan gaji kepada kakitangan awam tetapi kemudian diumumkan VSS, wilayah pembangunan Iskandar yang meresahkan orang Melayu apabila dihadkan pemegangan aset dan tanah mula dijual kepada pihak Singapura.

Koridor Utara (NCER) hanya akan melebarkan jurang antara negeri apabila projek infrastruktur yang besar dibina di Pulau Pinang tetapi petani-petani Melayu hanya dijanjikan perkara yang subjektif seperti peningkatan hasil padi dan tiada penyelesaian tentang kedudukan orang Melayu di Pulau Pinang.

Peningkatan gejala jenayah semakin membimbangkan sedangkan dua tahun setengah yang lalu ditubuhkan suruhanjaya yang memberi harapan kepada rakyat untuk melihat pasukan polis yang lebih baik.

Jadi Pas mengharapkan rakyat merasakan kuasa yang terlalu besar dengan kerusi yang banyak tidak menguntungkan lalu beralih sokongan kepada Pas?

HUSAM: Untuk menjadi pemerintah yang baik parti kerajaan tidak perlu undi yang terlalu banyak. Perlu ada check n balance yang lebih menyedarkan parti pemerintah dan kerajaan supaya bekerja lebih kuat dan hasrat rakyat dapat dilaksanakan.

Tetapi semakin jelas keadaan berlaku sebaliknya. Segala kepincangan hanya dapat dilaporkan di dalam blog. Lihat juga amalan Islam dan agama Islam semakin kencang dipersoalkan dan kerajaan tidak menunjukkan pendirian yang jelas dan tegas.

Di atas kepincangan yang digambarkan, mengapa Pas dan pembangkang tidak membayangkan kejayaan yang lebih besar, masih pada tahap pinggiran dan tidak untuk menguasai pemerintahan.

HUSAM: Fokus kepada 40 kerusi saya ibaratkan sebagai pendekatan yang merendah diri. Jika rakyat kata tidak cukup dan ahli kata mesti lebih, maka dia (rakyat) kena tingkatkan gerak kerja pilihan raya.

Sudah tentu Pas sendiri akan bertanding lebih daripada 40 kerusi. Cuma tumpuan diberikan kepada 40 kerusi. Dalam teori pengurusan, tumpuan boleh memberikan kemenangan.

Kedua saya tidak ulas persiapan parti lain. Saya hanya lihat skop parti saya, dan terserah jika rakyat nak beri lebih.

Apa ramuannya untuk menang kali ini bagi kerusi-kerusi sasaran?

HUSAM: Satunya pemilihan calon yang boleh memenuhi misi membawa pembaharuan pentadbiran iaitu calon yang boleh membawa suara rakyat dengan berkesan sebab itu mereka mestilah calon yang dekat dengan rakyat dan mempunyai kemampuan membawa suara tersebut.

Kedua, calon mesti ada kemampuan fikrah Islamiah yang syumul supaya kita boleh beri pendirian terhadap isu yang berlaku dalam kerajaan secara pandangan Islam yang kontemporari iaitu praktikal dan semasa.

Ketiga, mereka mesti mampu memberikan idea-idea yang baru. Persaingan kita dengan BN ialah persaingan idea, kita nak beri satu pembaharuan pentadbiran.

Maka sesetengah pihak merasakan ini satu gimik tetapi jika lihat balik statistik, ‘swing’ atau pusingan peralihan 15 peratus undi boleh berlaku. Sama ada sebahagian secara semula jadi atau sebahagian lagi berdasarkan pendekatan parti pembangkang. Dengan ‘swing’ 15 peratus pengundi BN, 40 kerusi bukan angan-angan.

Realitinya pada 1999 bila berlaku krisis di dalam UMNO, Pas hanya mampu memenangi 27 kerusi di Dewan Rakyat sedangkan sekarang tidak ada krisis. Bagaimana sasaran 40 kerusi mampu dicapai?

HUSAM: Saya rasa jika dikatakan kejayaan pembangkang hanya berdasarkan krisis parti lawan tidak terpakai sepenuhnya pada pilihan raya 1999. Membuktikan tidak semestinya hanya krisis, pencapaian pembangkang boleh melonjak naik.

Jika prestasi kerajaan lembap dan hilang hala tuju satu pengubahsuaian undi boleh berlaku. Dalam keadaan sekarang, kita ada mekanisme yang berada di luar kawalan kerajaan BN seperti Internet ( blog). Ini sumber maklumat baru untuk kita cuba keberkesanannya.

Sejauh mana pula persediaan Pas dalam mengatur barisan calon dan hubungan dengan parti pembangkang lain agar tidak bertembung?

HUSAM: Di beberapa negeri, banyak pembahagian kerusi telah selesai. Di Pahang, 90 peratus selesai bahkan diwujudkan jawatankuasa bersama PKR di bahagian dan mula bergerak. Di Perlis tak ada masalah begitu juga Terengganu. Alhamdulillah Pas telah panggil enam negeri berhubung persiapan pilihan raya iaitu Terengganu, Kedah, Perak, Perlis dan Selangor. Umumnya tidak banyak masalah berbangkit

Dalam konteks Kedah umpamanya BN tidak ada satu tokoh di peringkat Pusat. Pada awal dahulu Kedah ada Tunku Abdul Rahman Putra dan Tan Sri Mohamad Khir Johari disusuli Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ini membantu BN mengekalkan kekuasaan di Kedah

Jadi jika Pas ada pendekatan tepat yang boleh dilaksanakan dalam konteks Kedah, perubahan boleh berlaku. Di Terengganu kita percaya ada sumber lain yang membantu sebelum ini.

Jadi dengan adanya kaedah celup jari (semasa mengundi) saya rasa setengah daripada strategi BN di Terengganu dapat dipatahkan. Dan keadaan di Terengganu akan kembali normal dengan undi rakyat sebenar yang bakal menentukan kemenangan BN.

Macam mana dengan DAP pula?

HUSAM: Ini pendapat peribadi saya... tak semestinya mengharapkan DAP semata-mata sebagai rakan, tetapi jika suatu masa Gerakan misalnya berminat dengan kita, kita tidak ada masalah. Jadi sekarang, kita hanya fokus pada medan kita. Medan orang, kita tak nak campur.

Datuk yakin pengundi bukan Melayu akan memberi undi lebih besar?

HUSAM: Saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi. Tetapi suara untuk bawa perubahan demi kebaikan negara harus dikongsi bersama.

Perbezaan antara Pas dan BN semakin mengecil, sukar nak dibezakan dari segi kepimpinan dan melalui pendekatan. Mengapa Pas yang menganggap politik sebagai dakwah tidak boleh bergabung bersama UMNO bagi mengukuhkan agama dan bangsa?

HUSAM: Saya sebut masa Pak Lah mula-mula naik, orang Melayu menganggap beliau adalah ikon penyatuan Melayu yang salah satu ukurannya ialah layanan kerajaan pusat kepada Kelantan kerana Kelantan asasnya adalah Melayu.

Kalau kerajaan Pusat datang dalam cara untuk menawan Kelantan ‘by hook or by crooke’ ini berlawanan dengan aspirasi rakyat sebelum ini. Jadi setakat hari ini orang Melayu tidak ada usaha kukuh untuk agenda orang Melayu.

Saya ambil contoh dadah, HIV dan AIDS. Dadah boleh membuatkan orang Melayu pupus. Ini isu dadah, ia soal moral. Jika tidak ada agenda terhadap dadah ini, ia akan menghapuskan masa depan orang Melayu. Jadi agenda Melayu bukan bermakna hanya Pas dan UMNO bersatu tetapi meliputi agenda yang lebih besar.

Pas takut tenggelam dalam gabungan itu sedangkan ia dikatakan mempunyai ramai cerdik pandai?

HUSAM: Pada pendapat saya, isu ini ialah satu perangkap untuk menyekat kemaraan Pas seakan-akan Pas perlu bergabung dengan UMNO sebagai agenda Melayu. Ia selalu ditonjol semasa pilihan raya.

Bagi saya, jika kita ada pasukan ahli Parlimen yang kuat, kita boleh beri sumbangan yang banyak kepada kebaikan orang Melayu dan negara keseluruhan.

Datuk gambarkan kekuatan Pas semakin memuncak tetapi sejarah pilihan raya di Kelantan sendiri menunjukkan ia hampir tumbang. Tidakkah sebenarnya wujud kebimbangan ketara bahawa Pas akan kehilangan kuasa di negeri ini?

HUSAM: kita ada kebimbangan dan harapan. Kita kena sentiasa bimbang, dan kebimbangan ini membuatkan kita bekerja lebih kuat dengan berusaha memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat melalui idea-idea baru.

Alhamdulillah Kelantan mendahului perubahan-perubahan dan hari ini pelbagai pihak melancarkan skim perlindungan insurans mereka hingga akhirnya UMNO negeri ini juga melaksanakan skim takaful mereka.

Kita ada beberapa cadangan lagi, antaranya memberi cuti prabersalin iaitu 15 atau 10 hari sebelum kelahiran kerana apabila semakin sarat, mereka semakin kurang berkeupayaan. Selain itu kita nak beri peruntukan di hospital bagi disalurkan kepada ahli keluarga pesakit yang miskin sebagai sara hidup sementara menanti pesakit di hospital dan pemberian subsidi gas memasak kepada rakyat bagi mengurangkan kos hidup.

Datuk dilihat seorang yang bakal pengganti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar jika Pas terus berkuasa, tetapi ramai yang berpendapat tanpa beliau, kesatuan dalam Pas negeri ini akan terburai.

HUSAM: Saya meletakkan kedudukan saya ditentukan oleh parti, walaupun saya ada hasrat untuk bertanding di luar Kelantan seperti di Putrajaya atau di Wangsa Maju. Saya nak bawa apa yang saya mampu tegur kerajaan dan idea-idea di peringkat Dewan Rakyat. Tetapi kalau parti kata, saya bertanding Parlimen atau tak payah bertanding, saya tidak ada masalah. Saya cari kepuasan kerja tanpa mengharapkan imbalan.

Ada pihak menggambarkan sudah mula berlaku perpecahan dalam Pas Kelantan dan akan serius selepas ketiadaan Nik Aziz dalam kepimpinan.

HUSAM: Saya sedikit pun tidak terganggu dengan spekulasi macam itu. Tidak perlu kita peduli pada spekulasi seperti itu. Dalam parti mana pun termasuk Pas, parti mesti berjalan terus biarpun pemimpin pergi. Dalam Islam, kita mesti terus berjuang selagi hidup.

Sabtu, 18 Ogos 2007

Pak Lah lagi??!!!

Asyik- ayik Pak Lah! Apa gunanya menteri- menteri yang lain, Aku kesal dengan sikap yang ditunjukkan oleh media dan kerajaan malaysia yang dipimpin oleh Pak Lah. Apabila timbul sahaja sesuatu isu apa yang boleh kita lihat adalah terlalu banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh Pak Lah samada dalam isu ekonominya, politiknya, pertaniaannya, dan lain- lain. Fenomena ini menggambarkan kepada kita betapa seolah- olah wujudnya krisis kepercayaan di kalangan pemimpin- pemimpin barisan nasional. Biarlah menteri- menteri yang bertanggungjawab bercakap dan sibuk tentang portfolionya. barulah kita tahu sapa yang tak buat kerja. oklah...pendek sahaja...bukan apa bila nak baca utusan tiba- tiba jadi jemu bila tengok sat- sat pak lah, sat- sat pak lah..naik cemuih oghang kedah kata..

Merdekakah kita macam ni?

Hari ni tanggal 19 Ogos 2007. Tak berapa lama lAgi kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan kali yang 50 tahun. Bagi golongan budak- budak ada yang masih mentah dan tak tahu apa2. dan golongan dewasa pula tak lekang mulutnya daripada berbicara tentang sejarah dan nostalgia silam. Maka bergenanglah air mata bila mengenangkan rakan- rakan yang berjuang bersama- sama satu ketika dahulu membebaskan tanah air daripada cengkaman penjajah serta komunis telah pergi meninggalkan mereka buat selama- lamanya. bagi kita orang muda remaja isu kemerdekaan berkisar tentang kebebasan hidup dan bersosial. Lantas mewujudkan gelombang atau fenomena 'mandom' atau buta sejarah dan kurang semangat juang untuk mempertahankan negara. yang menjadi topik perbualan dan perbincangan hanyalah hiburan, sukan, pesta dan hanya segelitir kecil sahaja yang mempunyai kesedaran terhadap kemerdekaan. Cuma bila orang muda berfikir maka pisaunya mungkin tumpul tapi kemahiran bermain pisau tu dah ada. Jadi kita persoalkan...benarkah kita benar2 merdeka? saya sendiri sependapat dengan pandangan ini kerana masyarakat yang lahir selepas generasi merdeka tidak menggambarkan bahawa diri dan pemikiran mereka bebas daripada cengkaman penjajah. Antara bukti bahawa masyarakat masih belum merdeka ialah bagaimana sambutan kemerdekaan itu disambut. kalaulah tak mahu berbicara tentang aspek syariat tetapi dimanakah nilai- nilai ketimurannya? hilang entah kemana! mungkin cukup setakat ni dulu,,, dah lama tak menulis dlam blog ni..rindu rasanya...


Selasa, 14 Ogos 2007

Kasihnya ibu...

Assalamualaikum
Alhamdulillah hari ni dapat jugak aku menulis dan melihat keadaan blog aku ni... Rindu sekali pada bidang penulisan ni. Aku pun tak tahu apa yang nak dicoretkan hari ni namun meungkin sedikit tentang kemalangan yang berlaku di bukit gantang hari isnin lepas. Sungguh memilukan dan menyayat hati. Aku paling tersentuh bila membaca laporan ulasan penulis di harian metro "...kami melihat seorang ibu memeluk erat anaknya dan kepalanya tersepit antara tingkap bas dan batu..."kesian pilu dan sedikit bergenang air mata ku.. Betapa kasihnya seorang ibu kepada anaknya. Betul kasih sayang seorang ibu ni tiada tolok bandingnya. dari saat melahirkan sehinggalah membesarkan ibu mengorbankan segala- galanya. Aku masih ingat cerita ibuku, kerana untuk memenuhi keperluan susu aku adik beradik ibuku sangup tidak membeli pakaian baru untuknya. Boleh katakan tiada yang apa untuk diri ibuku melainkan anak- anak. Waktu tu ayah aku sambung belajar dan separuh gaji. Kemudian gaji dulu berapa sangat 700- 800 je... dahla banyak sangat benda yang boleh dicoretkan tentang ibu... tak kiralah ibu siapa pun tapi kasih seorang ibu tiada bandingnya...oklah satgi melelehla pulak ayor mate ni...bukan apa terkenangkan kasih ibu dan ayah..

Isnin, 6 Ogos 2007

Serang kota suci??! ini dah melampau!

Hari ini aku cukup marah dengan tindakan wakil republikan amerika syarikat yang memberikan cadangan ancaman serang terhadap dua kota suci umat Islam. Tindakan ini seharusnya dikecam dan kita tidak harus memberikan ruang toleransi sekiranya penghinaan dan kecaman terhadap Islam sampai ke tahap sedemikian rupa.

Oleh itu, aku menyeru kepada yang perihatin agar sama- sama menyatakan kebimbangan terhadap kenyataan tersebut dengan mengutuk sekeras- kerasnya. Umat Islam patut bangkit dan bertegas dengan memberikan amaran agar isu ini tidak akan lagi disebut dan dimainkan oleh mana- mana pihak agar tiada berlaku sebarang pertumpahan darah....emm bersediakah kita nak mati shahid???

Kewangan Islam...Ustaz Zaharuddin sahaja ke yang menulis di laman maya ni???

Ruangan laman web berteraskan prinsip kewangan dan muamalat Islam sewajarnya diperbanyakkan bagi menampung keperluan dan menyelesaikan kebuntuan dikalangan masyarakat. Perkembangan institusi kewangan hari ini yang menjurus kearah kewangan Islam seharusnya disambut baik dengan memberikan lebih banyak info dan pendidikan kepada masyarakat. Pihak kerajaan dan swasta disarankan mewujudkan satu kerjasama yang erat dalam mengembangkan sistem kewangan berteraskan Islam ini dengan menerapkan penggunaannya di dalam urusan rasmi kerajaan dan swasta. Melalui desakan dan perlaksanaan beginilah dapat memberikan ruang kepada sistem ini untuk terus berkembang lantaran hari ini bank- bank konensional berlumba- lumba untuk menggunapakai sistem ini. Peluang ini juga seharusnya diambil oleh para fuqaha' untuk memberikan maklumat dan pendidikan yang mendalam terhadap penggunaan sistem ini kepada masyarakat.

Justeru, melalui jarinan maklumat maya informasi dan maklumat berkenaan kepentingan dan kewajiban menggunakan sistem ini dapat dilakukan secara efektif. Kemunculan- laman- lman baru yang memberikan fokus kepada soal jawab serta perbincangan ilmiah berkenaan sistem ini amatlah diperlukan dalam konteks masyarakat hari ini. Keupayaan para alim ulama' dan fuqaha' memanipulasi ruang maya ini dengan sebaiknya akan menjadi teras kepada penyebaran hukum dan maklumat yang tepat yang bakal mencorakkan pemikiran dan pendirian masyarakat keseluruhannya berkenaan dengan RIBA' dan sebagainya.

Oleh itu laman web yang dikelola oleh Ustaz Zaharuddin (www.zaharuddin.com) merupakan contoh yang terbaik serta harapan kepada penyelesaian kekusutan masyarakat dalam menghadapi sistem konvensional. Sesungguhnya agama Islam merupakan agama yang mementingkan disiplin dalam pengurusan kewangan yang memerlukan kepada para rujukan- rujukan yang lebih ramai daripada ustaz zaharuddin seorang.

Bersama memartabatkan institusi kewangan Islam.

Shahidan lagi...takdak muka lain ka???

Ruang sukan Utusan Malaysia 6 Ogos (semalamla kan..) cukup menarik. Sememangnya ruangan ni dah masyhur serta diminati ramai sehinggakan berebut- berebut nak baca dizaman aku di asrama dulu semata- mata untuk mengetahui berita dunia sukan. Memang best!

Cuma yang menjadi fokus aku kali ini adalah kenyataan MB Perlis yang sanggup melepaskan jawatan dalam persatuan sukan yang diterajuinya sekiranya di anggap penyebab kucar 0 kacir. Pada pandangan peribadi aku, shahidan sememangnya patut meletakkan jawatan memandangkan sikapnya yang terlalu menawarkan diri apabila berlaku sahaja kepincangan didalam mana- mana persatuan sukan terutamanya yang berstatus tinggi. aku pun tak tahulah, kalau dari segi gaya shahidan ni, sepatutnya menerajui persatuan yang berasaskan senaman sebab kehadirannya dalam kancah sukan tak lebih daripada membawa semangat yang berteraskan politik peribadi semata- mata.

Bila dinilai semula seharusnya kita mengakui bahawa kemunduran instistusi sukan di Malaysia ni kerana campur tangan orang politik macam shahidan ni. So nasihat aku kepada MB kawan aku ni, usahlah mencari publisiti murahan. Tumpukanlah pada kebajikan dan hal ehwal negeri sendiri. Tambah- tambah pulak dalam ronmbakan portfolio negeri baru baru ni (tak baru jugakla) MB kawan aku ni banyak pegang portfolio...aila banyak elaun dah tu.. tak kan tak cukup lagi...

Akhir kalam berilah kepada Usahawan- usahawan kecil ni eluang nak menjaja tuan MB buatlah kerja tuan MB, janganlah pulak nak menjaja jugak....

Koridor..oh koridor...

Dua tiga hari ini di muka- muka akhbar kerjaan sibuk dengan pelancaran dan perancanan ekonomi untuk negeri- negeri yang tertentu dengan nama "koridornye"...hari ni di sebut pulak tentang koridor timu... sekilas pandang ada bagusnya dan dua kali pandang mulala nampak bayang- bayang yang tersembunyi di sebalik kehendak dan hasrat pemimpin....banyak juga persoalan yang timbul dalam kotak pemikiran aku.... dan bila dibelek- belek kalendar di rumah aku ni, jelas tempoh untuk pilihanraya dah semakin dekat..maka sudah menjadi tradisi untuk parti komponen yang memerintah melancarkan projek mega pada suku akhir pemerintahan menjelang pilihanraya..Maka rakyat jelata yang memang pantang disogok dengan projek mega memuji-mujilah tindakan kerajaan ini lantaran itu terus memberikan kemenangan terhadap kerajaan BN...dari Kapal Layar, sampailah dacing semuanya tak pernah berubah...Bagi pihak aku, aku sekadar berharap agar koridor- koridor ni tak jadi macam koridor- koridor di rumah- rumah pangsa yang kotor dan melekit- lekit...Sebenarnya aku dah boleh jangka apa yang ada dalam kotak pemikiran pemimpin kerajaan ni... Tender yang akhir- akhir ini agak berkurangan akan kembali melimpahlah...baguslah lepas jawatan sukan dapat pulak projek...tak gitu....ish2...aku ingat nak cakap cket tentang altantuya...tapi biarlah orang lain cakap dulu...sayugia..


Tidak semua penulis blog "GOBLOK"???

"...KUALA LUMPUR 5 Ogos – Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin hari ini berkata, beliau tidak menyifatkan semua penulis blog sebagai ‘goblok’, perkataan Indonesia yang bermaksud dungu atau jahil, kerana dalam kalangan mereka, ada yang bermaklumat, berpenge- tahuan dan menyebarkan pandangan positif tentang isu semasa...."rujuk berita harian 6 Ogos 2007

Kecaman dan ulasan terhadap penulis-penulis blog sedikit sebanyak membantu mempromosikan kepada masyarakat tentang penulisan di dunia siber. Namun, apa yang mendukacitakan ialah betapa pandangan- pandangan daripada pemimpin kerajaan menunjukkan seolah- olah penulis- penulis blog adalah golongan yang tiada hak dan cukup bersalah. Merujuk kepada kenyataan oleh Menteri Penerangan yang menggambarkan seolah- olah di dalam negara ini hanya penulis- penulis blog yang tidak mengancam kerajaan sahaja yang berhak menulis. Pandangan beliau menampakkan seolah- olah mereka yang memberikan kritikan adalah golongan yang goblok- goblok belaka.

Golongan pemimpin yang lantang mengecam penulis- penulis blog dewasa ini sebenarnya takut dengan bayang- bayang sendiri. Mereka khuatir dengan terpupuknya semangat menulis dikalangan masyarakat malaysia akan menjadi satu ancaman terhadap karea politik dan keagungan mereka. Sejarah telah membuktikan dengan kuasa penulisan mampu menggulingkan sebuah kerajaan yang zalim. Melalui penulisan juga semangat juang menuntut kemerdekaan dinegara ini diterapkan. Juga melalui penulisan sebuah gerakan komunis luntur semangatnya dengan sebaran risalah pengampunan melalui udara satu ketika dahulu, Maka segala contoh yang kalau dikumpulkan boleh menjadi buku yang berjilid- jilid membuktikan bahwa penulisan adalah senjata yang ampuh dalam menjatuhkan dan membangunkan seseorang atau sesebuah institusi.

Selain daripada itu jika dilihat daripada sudut yang lain sebenarnya kerajaan amat khuatir terhadap tahap intelektual masyarakat serta penyertaan masyarakat secara serius di dalam kancah politik semasa sekiranya masyarakat dibiarkan bebas menulis. Dalam erti kata lain biarlah masyaralat di dalam negara ini nampak gah dari sudut lulusan pengajiannya tetapi buta dan tumpul dari sudut memperjuangkan hak mereka. Keadaan ini akan memberikan ruang yang luas kepada para pemimpin yang 'tangan panjang' ini untuk terus mengaut keuntungan peribadi dan mengaburi mata rakyat dengan janji kemewahan dan kesenangan.

Miniti kalam Bismillah...



Saat mula tangan menari tiba- terhenti lalu kaku berdiri seolah gusar dan menangisi kesalahan diri... Jariku cuba terus menari namun seakan dikelilingi api lalu baru ku sedari bahawa bibirku, tubuhku masih kering kerana ku mulakan keasyikan ini tanpa membaca bismilah...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM بسم الله الرحمن الرحيم

Kalam ini cukup sakti...

Membuka setiap pintu hati...

Untuk tunduk dan kembali kepada Ilahi...

Tuhan yang Maha Mengetahui...

Lagi Maha Menguasai setiap gerak dan geri...

Insan yang diciptakannya ini...