Selasa, 22 April 2008

Kah Kah Choon!

Bila retina ku melihat pada laporan berkenaan Datuk Lee Kah Choon terlintas beberapa perkara difikiran..

1. Kah Choon memberi isyarat yang jelas bahawa perletakan jawatannya dalam GERAKAN adalah tindakan awal untuk meninggalkan BN yang tidak lagi diyakini oleh beliau dan rakyat.
2. Sindiran yang hebat terhadap BN bahawa mereka bukan lagi parti yang berkuasa melakukan apa sahaja.
3. Kemasukan Kah Choon sebagai ahli majlis merupakan satu tindakan yang bijak untuk memulihkan sokongan golongan Cina terhadap kreadibiliti pemimpin Gerakan.
4. Tanda awal kepada mesej perubahan yang lebih besar yang akan berlaku diperingkat Pusat dalam tempoh terdekat seperti yang diwar- warkan.
5. Silent protes kepada kepimpinan gerakan.
6. Keyakinan terhadap kepimpinan pakatan rakyat di PP.

Apapun Kah Choon berada di kedudukan yang menguntungkan kerana sekiranya GERAKAN memecat beliau sekalipun, beliau sudah mempunyai kedudukan yang selesa untuk menjamin masa depan pilitiknya yang lebih cerah.

Surat Pembaca yang bernas dr Hrakahdaily

Utamakan orang ramai daripada kereta
SM Mohamed Idris
Mon | Apr 21, 08 | 9:02:54 pm MYT

Dilaporkan bahawa Jambatan Kedua Pulau Pinang yang dirancang akan menelan kos RM4.3 bilion. Ini merupakan satu jumlah wang yang besar malah apabila kita mempertimbangkan bahawa Jambatan Kedua bukanlah apa yang dikehendaki oleh penduduk Pulau Pinang.

Sebuah lagi jambatan hanya akan menambahkan kesesakan lalu lintas terhadap jalan raya di Pulau Pinang yang sudah sedia sesak dengan kereta. Adalah dikatakan bahawa kerja-kerja melebarkan Jambatan Pulau Pinang yang sedang berjalan itu tidak memadai memandangkan jambatan itu akan menjadi sesak kembali dalam beberapa tahun.

Jika demikian, logik yang sama boleh dipakai kepada Jambatan Kedua, yang juga akan menjadi sesak jika aliran yang sama berlaku. Pada ketika itu, apakah penyelesaian yang akan dilakukan oleh pihak berkuasa yang berkenaan � membina satu lagi jambatan sementara itu penduduk Pulau Pinang terus berdepan dengan kesesakan lalu lintas?

Terdapat pilihan yang lebih baik daripada membina Jambatan Kedua. Salah satu daripadanya adalah mempertingkatkan perkhidmatan feri. Untuk tujuan ini, lebih banyak feri diperlukan, dan lebih banyak pangkalan feri dibina di beberapa kawasan strategik di bahagian pulau dan Seberang Perai. Perkhidmatan bas yang mencukupi juga perlu diadakan untuk membawa penumpang dari pangkalan dan ke bahagian lain.

Jika hubungan ketiga diperlukan antara Pulau Pinang dan Seberang Perai diperlukan, maka ia sewajarnya dihubungkan dengan Transit Aliran Ringan (LRT), yang boleh memuatkan lebih ramai penumpang berbanding kereta persendirian yang menyebabkan kesesakan. Seperti juga dengan perkhidmatan feri, bas dan LRT dapat memberikan perkhidmatan antara pulau dan Seberang Perai.

Paling penting, tumpuan mestilah diberikan untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam di Pulau Pinang. Ini lebih efisien, menjimatkan kos dan memelihara alam sekitar dalam usaha untuk membawa penumpang dari bahagian A ke bahagian B, terutama sekali dalam masa harga minyak yang mahal dan pemanasan global.

Sehubungan itu, RM4.3 bilion atau sebahagian daripadanya boleh digunakan untuk membiayai rangkaian pengangkutan yang lebih berkualiti yang memberikan perkhidmatan yang lebih efisien kepada penduduk Pulau Pinang.

Ia mungkin tidak sehebat Jambatan Kedua yang menjadi mercu tanda baru tetapi ia lebih mesra pengguna dan sudah tentu perkara inilah yang paling dikehendaki oleh penduduk. - lanh

Penulis adalah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Polis oh polis...

Sekali lagi retinaku seakan berpinau-pinau hari ni bila melihat laporan perkembangan kes bunuh ltantuya...

Pegawai penyiasat, Asisten Supritendan Polis (ASP) Tonny Lunggan dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini memberitahu, kesulitan tersebut disebabkan Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan sistem audio visual yang lama.

"Selain pergerakannya perlahan, tarikh pada rakaman pita tersebut juga tidak kelihatan," katanya yang memberikan keterangan masuk hari kelapan pada perbicaraan kes bunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu hari ini.- dipetik daripada UTUSAN MALAYSIA ONLINE 22 April 2008.

Aku tak tau nak kata apa...dua tiga kali ku gosokkan mata untuk melihat [perenggan ini. Ternyata retinaku tidak tersilap pandang. Tidak ku sangka sekali lagi kreadibiliti dan kecekapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tercalar. Sepatutnya dalam dunia teknologi hari ni dan kepesatan pembangunan ekonomi dengara di dalam pelbagai sektor, diambil peduli oleh kerajaan dalam meningkatkan infrastuktur dan kelengkapan pasukan keselamatan agr lebih sempurna dan berdaya saing.

Kalau nak dikatakan teknologi terlalu mahal, aku mendapat maklumat dripada rakan- rakan di sektor IT bahawa kos dibidang tersebut semakin redah. Buktinya PC yang aku beli tahun lepas jauh lebih mahal daripada tahun ini dua kali ganda. Malah rakan aku membeli PC baru- baru ni yang lebih power dripada aku dalam jumlah harga separuh harg PC aku sahaja. Jadi tak ada sebab untuk menyalahkan teknologi.

Maka patutlah indeks jenayah di negara ini semakin meningkat saban tahun. Sydahla anggota polis itu sendiri boleh diragui akan ketelusan dan kecekapannya. Sebut tentang kecekapan aku teringat kisah yang berlaku pada bapa saudara aku dua tiga hari lalu.

Begini, kereta bapa saudaraku di Taman Batu, Batu Caves telah dipecah. Pendekkan cerita setibanya polis, suspek masih lagi boleh berjalan dan sekiranya polis mengambil tindakan langsung, pencuri tersebut boleh diberkas serta merta. Kepastian tentang pencuri tersebut memang tidak diragui sebab Pak sedara aku nampak depan mata die sendiri. Apa yang buat aku menyampah dengan polis bila diorang berkata, "tak pa kami tengok kereta dulu",,,sedangkan pencuri dibiarkan berlari begitu sahaja. Yang menambahkan lagi keberangan aku adalah apabila sehingga hari ni kes tak mula disiasat lagi. Alasan yang diberi adalah terlalu banyak bebanan kes yang belum diselesaikan.

Inilah sikap polis. Kisah 'Black 14' cepat sahaja nak ambil tindakan. Tiada pula alasan tidak cukup anggota dan bebanan kerja. Rakyat tak kish kalau duit rakyat digunakan untuk meningkatkan keberkesanan dan kepantasan pihak polis menyelesaikan kes- kes tertangguh. Tetapi rakyat marah sekiranya duit dibelanjakan untuk perkara- perkara yang tidak patut.

jadi pesanan untuk PDRM bantulah rakyat! Mudahkan rakyat!

p/s: kadang2 aku tengok polis undercover dengan beruniform sama rileks je di kedai- kedai kopi. Encik satu hari minum berapa kali?