Selasa, 22 April 2008

Polis oh polis...

Sekali lagi retinaku seakan berpinau-pinau hari ni bila melihat laporan perkembangan kes bunuh ltantuya...

Pegawai penyiasat, Asisten Supritendan Polis (ASP) Tonny Lunggan dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini memberitahu, kesulitan tersebut disebabkan Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan sistem audio visual yang lama.

"Selain pergerakannya perlahan, tarikh pada rakaman pita tersebut juga tidak kelihatan," katanya yang memberikan keterangan masuk hari kelapan pada perbicaraan kes bunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu hari ini.- dipetik daripada UTUSAN MALAYSIA ONLINE 22 April 2008.

Aku tak tau nak kata apa...dua tiga kali ku gosokkan mata untuk melihat [perenggan ini. Ternyata retinaku tidak tersilap pandang. Tidak ku sangka sekali lagi kreadibiliti dan kecekapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tercalar. Sepatutnya dalam dunia teknologi hari ni dan kepesatan pembangunan ekonomi dengara di dalam pelbagai sektor, diambil peduli oleh kerajaan dalam meningkatkan infrastuktur dan kelengkapan pasukan keselamatan agr lebih sempurna dan berdaya saing.

Kalau nak dikatakan teknologi terlalu mahal, aku mendapat maklumat dripada rakan- rakan di sektor IT bahawa kos dibidang tersebut semakin redah. Buktinya PC yang aku beli tahun lepas jauh lebih mahal daripada tahun ini dua kali ganda. Malah rakan aku membeli PC baru- baru ni yang lebih power dripada aku dalam jumlah harga separuh harg PC aku sahaja. Jadi tak ada sebab untuk menyalahkan teknologi.

Maka patutlah indeks jenayah di negara ini semakin meningkat saban tahun. Sydahla anggota polis itu sendiri boleh diragui akan ketelusan dan kecekapannya. Sebut tentang kecekapan aku teringat kisah yang berlaku pada bapa saudara aku dua tiga hari lalu.

Begini, kereta bapa saudaraku di Taman Batu, Batu Caves telah dipecah. Pendekkan cerita setibanya polis, suspek masih lagi boleh berjalan dan sekiranya polis mengambil tindakan langsung, pencuri tersebut boleh diberkas serta merta. Kepastian tentang pencuri tersebut memang tidak diragui sebab Pak sedara aku nampak depan mata die sendiri. Apa yang buat aku menyampah dengan polis bila diorang berkata, "tak pa kami tengok kereta dulu",,,sedangkan pencuri dibiarkan berlari begitu sahaja. Yang menambahkan lagi keberangan aku adalah apabila sehingga hari ni kes tak mula disiasat lagi. Alasan yang diberi adalah terlalu banyak bebanan kes yang belum diselesaikan.

Inilah sikap polis. Kisah 'Black 14' cepat sahaja nak ambil tindakan. Tiada pula alasan tidak cukup anggota dan bebanan kerja. Rakyat tak kish kalau duit rakyat digunakan untuk meningkatkan keberkesanan dan kepantasan pihak polis menyelesaikan kes- kes tertangguh. Tetapi rakyat marah sekiranya duit dibelanjakan untuk perkara- perkara yang tidak patut.

jadi pesanan untuk PDRM bantulah rakyat! Mudahkan rakyat!

p/s: kadang2 aku tengok polis undercover dengan beruniform sama rileks je di kedai- kedai kopi. Encik satu hari minum berapa kali?

Tiada ulasan: