Isnin, 14 April 2008

Ada apa dengan 2 minggu?

Senario politik negara pasca pilihanraya umum ke 12 hari ini masih menggambarkan kepincangan dan ketidakstabilan UMNO. Dalam pada masa yang sama kerajaan Pakatan Rakyat di 5 buah negeri semakin meyakinkan rakyat dan bertapak kukuh. Isu yang dimainkan di radio dan TV ditangkis dengan cara dan kaedah yang penuh berhati- hati dan bijaksana sehinggakan rakyat tidak sekali- kalipun berganjak daripada memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Di peringkat dalaman UMNO walaupun disebutkan sebagai isu 'dalaman' namun umum mengetahui akan kegoyahan serta keresahan pemimppin- pemimpin UMNO dalam mencari formula baru dalam meraih kembali sokongan rakyat. Doktrin teori Hang Tuah sudah tidak berguna lagi. Rakyat sudah bernai menyuarakan isi hati sebenar dan bersedia untuk menjadi hakim kepada negara. Maka hari ini kita melihat yang salah sudah dihukum. dalam tempoh 2 minggu lagi mengikut gembar- gembur berita politik negara akan mengalami perubahan yang amat besar. Tempoh 2 minggu yang disebutkan dan beberapa bulan akan datang merupakan tempoh yang sangat- sangat kritikal sehingga dikhabarkan akan memberikan impak yang besar terhadap politik negara.
Berbagai kemungkinan yang boleh kita jangkakan. Pertama dalam tempoh 2minggu daripada sekarang yang paling mudah untuk kita jangkakan adalah dengan membenarkan teori serta perancangan untuk anwar bertanding selepas sa;ah seorang daripada ahli parlimen keadilan akan meletakkan jawatan. Maka jika ini berlaku sudah pasti pilihanraya kecil akan berlangsung dan seluruh dunia akan memberikan fokus kepada pilihanraya ini. Dari kiraan atas kertas sudah tentu Dato' Seri Anwar akan menang mudah. Namun beberapa kondisi semasa yang perlu kita lihat dimana UMNO dan BN akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kembali kerusi tersebut kerana menyekar Anwar masuk ke parlimen bermakna mengurangkan tujahan perubahan yang akan berlaku mengikut percaturan mudah. Namun jika sesuatu berlaku peristiwa reformasi dan ledakan kemarahan rakyat akan kembali memuncak dimana pelbagai kemungkinan dapat kita lihat. Ada satu teori yang perlu difikirkan, 'tindakan yang tidak rasional akan membunuh rasional orang lain' dan inilah yang berlaku bila dalam keadaan yang terpaksa. Tak terlanjur saya katakan ketegangan ini boleh membawa kepada peristiwa yang sama dengan apa yang berlaku terhadap Benazir Butto. Justeru perancangan dan persiapan rapi perlu dilakukan dalam mendepani jangkaan pertama ini selepas tempoh 2 minggu.

Jangkaan kedua kabur...ikuti siri penulisan yang seterusnya selepas beberapa siri analisis yang sedang dan akan dilakukan...

Tiada ulasan: