Isnin, 19 Mei 2008

Tun Dr Mahathir keluar UMNO : Antara peluang dan ruang!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini retina aku dipaksa untuk menumpukan kepada laporan media arus perdana dan juga akhbar politik terhadap kenyataan terbuka Tun Dr Mahathir Mohamad keluar dari UMNO. Aku seakan tidak percaya dengan laporan hari ini sehinggakan aku bertanya beberapa kali kepada rakan- rakanku terhadap kesahihan berita ini. Hasilnya semuanya membenarkan bahkan pengumuman itu disiarkan di dalam media arus perdana hari ini. Peristiwa hari ini merupakan satu sejarah terhadap prestasi buruk UMNO dalam membela nasib orang Melayu. Adapun begitu daripada siri- siri ucapan dan pertentangan terbuka Tun terhadap kepimpinan Abdullah sejak daripada dahulu lagi sudah menampakkan bunga- bunga awal terhadap keluarnya Tun daripada UMNO. Ramai yang telah berbual dan membicaraknnya cuma menanti saat ia berlaku dan ia telah berlaku.

Tun beri mesej jelas pada rakyat.

Secara perbadi aku menyokong penuh tindakan Tun hari ini kerana ia merupakan petanda yang jelas terhadap keruntuhan sebuah parti politik yang bernama UMNO. Walaupun tindakan Tun lebih dilihat sebagai mesej peribadi terhadap ketidak yakinan beliau kepada kepimpinan Abdullah namun secara halusnya ia sudah cukup untuk menggambarkan betapa UMNO sudah tidak lagi relevan pada hari ini. Kepincangan yang berlaku sebenarnya bukan sahaja pada kepimpinan Abdullah malah seluruh pemimpin- pemim[in UMNO malah kita dapat lihat ia menular sehingga peringkat akar umbi. Sekatan yang dilakukan terhadap Tun dan Ku Li untuk bertemu dengan ahli- ahli UMNO seharusnya menjelaskan betapa pemimpin UMNO bersikap tertutup dan memntingkan diri sendiri. Maka tidak hairanlah jika negara yang sudah ditadbir oleh mereka sejak sekian lama seringkali menggadaikan dan mengabaikan hak dan kebajikan rakyat. Seharusnya rakyat membuka luas mata mereka dengan tidak mensia- siakan retina yang dikurniakan oleh yang Maha Esa untuk menilai dan melihat jelas mesej ini.

Tun dan halatuju

Seperti yang dimaklumi kenyataan Tun bahawa beliau akan kembali ke dalam UMNO selepas pengunduran Pak Lah adalah merupakan kenyataan politik untuk menarik hati para penyokong UMNO keluar bersama- samanya. Umum memaklumi sekiranya Tun mengumumkan keluar daripada UMNO lantas mengumumkan untuk menyertai pembangkang semestinya akan menjadi penghalang kepada para penyokong UMNO yang sudah sekian kalinya 'alergi' kepada Pakatan Pembangkang. Justeru apakah sebenanya tindakan Tun ini sebenarnya bermotifkan tersebut atau sebaliknya beliau benar- benar hanya protes kepada Pak Lah hanya akan diketahui selepas ini. Apa pun, Tun seharusnya memikirkan lebih luas bahawa tindakannya itu akan memberikan kredit kepada Pakatan Rakyat untuk lebih mendapat sokongan. Saban hari kita melihat suara dan pandangan Tun seolah selari dengan suara yang dibawa oleh Pakatan Rakyat menerusi kritikan- kritikannya terhadap Pak Lah dan seterunya. Maka aku menyeru adalah tidak slah kiranya Tun bersama- sama dengan Pakatan Rakyat untuk membela nasib rakyat dan menebus kesilapan lamanya. Persoalannya, kemanakah halatuju un selepas ini tatkala peristiwa ini seolah- olah ingin mengulangi sejarah yang telah dilakarkan oleh pengasas UMNO sendiri Dato' Onn. Mungkinkah sudah menjadi tradisi kepada mereka yang terlalu membela pembohongan UMNO akhirnya akan kembali menjadi penentang kepada UMNO. Maaf jika aku katakan Anwar sendiri bekas ahli UMNO.

UMNO menghitung hari pembubaran

Senario yang berlaku dalam politik hari ini merupakan bait- bait bicara kepada keruntuhan UMNO. Ternyata hasrat rakyat untuk melihat kepupusan UMNO semakin menjadi kenyataan. Adapun dikalangan ahli UMNO itu sendiri terdiri daripada kalangan mereka yang ingin menjaga kepentingan diri dan apabila kepentingan diri sudah tidak terjamin oleh UMNO maka masing- masing mencari pintu keluar dan bersedia dengan alatan untuk keluar dari penjara UMNO. Aku tidak mengatakan hari ini tapi dari hari- hari sebelum ini lagi, UMNO sudah diruntuhkan oleh ahlinya sendiri. Umapama bangunan yang nampak gah, tapi perabot dan alatan di dalamnya sudah ditarik kembali satu persatu oleh pemiutang. Paip pun bocor, dinding pun retak, dan syiling pun runtuh. Hanya kaunter pertanyaan sahaja dan bahagian lobi sahaja nampak hebat. Begitulah UMNO.

Generasi muda dan masa depan negara

Setelah pelbagai peristiwa yang berlaku, generasi muda hari ini tampak lebih matang dan berhati- hati dalam memilih suaka rakyat. UMNO tidak lagi berhak untuk menyatakan mereka pembela rakyat bahkan mereka seharusnya menyerahkan diri kepada rakyat untuk membeikan hukuman. Apabila taktik melobi UMNO terhadap golongan muda yang sebenarnya membuka lebih banyak masalah keruntuhan sosial, maka generasi muda tidak akan rasa tenang kerana kejahatan tidak menjamin ketenangan malah bohonglah mereka yang berkata begitu. Justeru generasi muda diajak untuk bersama- sama menjadi guru terhadap UMNO. Lupakan pepatah 'aku makan garam dulu' kerana sebab mereka makan garam dululah hari ini mereka diserang darah tinggi. Tanggungjawab kita sebagai generasi muda adalah memberikan penerangan secara hikmah kepada golongan tua yang sudah sekian lama tertipu dengan pembohongan UMNO dan barisan Nasional.

Terima kasih Tun

Aku dengan ini mengucapkan terima kasih kepada Tun Dr Mahathir Mohammad kerana membenarkan segala pendedahan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat terhadap pembohongan dan kepincangan UMNO. Jadi apa tunggu lagi Tun pun sudah kata pi, kenapa perlu ragu- ragu lagi. Semoga UMNO dapat diterima bumi jika dikuburkan walhal aku menggambarkan UMNO akan menerima nasib seperti Mustafa Kamal Attartuk yang tidak diterima bumi. Retinaku terlalu segar bila membaca laporan hari ini. Jumpa lagi

Tiada ulasan: